بسم الله الرحمن الرحيم
Kat rumah korang mesti ada stok daging raya korban baru2 ni kan?Haa..kot tak tahu nak buat apa dengan daging tu meh cuba resepi ni. Simple dan sedap! hehe Bahan2 pun simple je.
Bahan-bahan:
Daging
Lada Hitam
Bawang Putih
Perencah Hilal
Garam
Cara-caranya:
1) Lada hitam di tumbuk dengan bawang putih. Ikut tekak masing2 ye nak rasa pedas ke tak. Nak pedas letak la lebih lada hitam tu ye.
2) Da hampir lumat bahan2 tadi boleh la di lumurkan dekat daging yang telah di potong nipis dan di basuh dahulu ye.
3) Boleh la gaul sekali dengan sedikit garam dan perencah hilal. Tak letak pun takpe. Nak tambah rasa je. Kalau siapa tak tau macam mana rupa perencah hilal tu ayie google da gambar nye.
Sumber:Google |
Bagi ayie perencah ni memang penyelamat la. Untuk masak apa pun dia sesuai tau. Da siap gaul boleh la perap dulu daging tu ye. Macam ayie yang tak sabar2 ni, tak sampai 2 jam pun perapnya. Da bakar, hehe Oh ya, ayie bakar pakai pemanggang ajaib ye. Mungkin sebab tu dia cepat cket nak masak. Jangan lupa sapu marjerin cket ye supaya tak melekat. Bau pun wangi je.
Tarraa! Da siap.. Yang sebelah kiri tu ayie baru letak. Yang belah kanan tu da nak masak da,hehe Jangan risau, walaupun rupanya gelap tapi rasanya..ummphh! Nyum2! Sedaaapp tau. Mak puji kira sedap la kan,muahahaha Siap request buat lagi. Oke la..selagi terdaya kita buat la untuk mak dan ayah tercinta. Ye dak?
Kalau nak rasa masam2 cket boleh la perah limau. Ayie makan ni cicah dengan mayonis salad. Sedap tau! Selamat mencuba =)
Pergh, nampak sedap... nyum nyum....
ReplyDeleteSedap sis! =P
Deletesedap ni..
ReplyDeleteHehe..sedap2!
DeleteKalau ana suka hiris daging yang besar gedabak tu. Wat rupa ala2 lamb chop pastu perap dan bakar. Pastu letak sos lada hitam. Rasa dia perghh perghh..tak hengat dunia kiri kanan dah. Hehehe. Nak try resepi ayie la eh.
ReplyDeleteWaa ana punye style lg sedap! Nyum2! Terliur ni..=)
Delete