Tuesday, October 28, 2014

Hasil Appointment Doktor

بسم الله الرحمن الرحيم

Khamis lepas ayie dapat appointment doc untuk jumpa hari ahad baru2 ni. Hasilnya, setelah hampir 2 jam setengah ayie tunggu baru sampai turn jumpa doc. Punya la ramai orang. Kena pulak haritu ayie 'ceri-beri'. Nak pulak tu, sepanjang perjalanan ayie dari Taiping-Sungai Petani ayie keluar masuk toilet je. Nasib naik keretapi. Haritu saja lebih 15 kali ayie buang air. Longlai tau..Kesian kat diri sendiri,huwwaa.. Ayie dah tak peduli dengan signboard kat toilet dalam keretapi tu. "Jangan guna tandas semasa keretapi sedang berhenti" Mana tahan wehh..dekat Butterworth keretapi berhenti setengah jam lebih. Tibaii je la. Daripada terbeyak dalam seluar kan..

Berbalik pada kisah appointment dengan doc tu, ayie kena pergi x-ray dekat hospital or klinik terdekat. Ayie buat dekat Hospital Yan. Hari ahad ni pulak baru jumpa balik doc bawak x-ray tu. Baru tau hasilnya macam mana. Sakit apa ke hari ahad ni dapat jawapan. Tapi ayie tengok x-ray dada ayie tu macam oke je. Takde apa2 yang pelik pun.. (pandai2 je kau ramal sendiri ye,muahaha)


Tunggulah hasilnya ahad nanti. Tapi doc ada sebut pasal 1 penyakit ni. Tak bahaya pun. Cuma kalau sakit makan la ubat. Ayie dapat stok ubat da. Tahan kot. Bila sakit je makan. Sakit tu namanya "Costochondritis" atau disebut "Sindrom Tietze". Ia adalah radang atau bengkak pada satu atau lebih tulang rawan. Puncanya, pernah tercedera atau batuk berpanjangan. Ni hasil dari ayie google. Ayie tak pernah tercedera kat dada. Tapi batuk tu mungkin. Sedar tak sedar ayie da lama batuk rupanya. 

Jadinya, kalau takde apa2 masalah lain, mungkin tu la sakit yang ayie hidapi sekarang ni. Sebab doc cek jantung, breast, paru2 semua oke. Takpe, tunggu doc cakap apa pulak ahad nanti. In Sha Allah takde apa2. Cuma ayie kena kurangkan bergerak terlalu aktif dan kurangkan buat kerja2 berat.

Ya Allah, berikanlah Nur Atiqah Johari kesihatan yang baik, amiin..

6 comments: