Tuesday, October 28, 2014

Home Binder 2015 Yang Super Elegan!

بسم الله الرحمن الرحيم

Promotion! Promotion! Bagi korang yang suka catit events ke, aktiviti or taknak ketinggalan apa2 memories yang indah gituu korang harus ada 1 Home Binder 2015! Sangat eksklusif & elegan oke. Yang penting kekemasannya tiptop dan comel! Meh kita review cket Home Binder 2015 ni macam mana.


Ini adalah front cover Home Binder 2015. Eksklusif kan?



Laminated wrapping paper digunakan bagi front & back cover Home Binder 2015. Yang bestnya, Home Binder 2015 ni guna spiral binding yang super cun dan kemas!



Di tepi Home Binder 2015 ni ada tab siap bertulis bulan Jan-Dec untuk sisipan perancangan harian. Senang ye kalau nak terjah ke bulan yang kita kehendaki. Tak payah susah payah nak selak2 bagai. Menarik kan?



Apa yang ada dalam Home Binder 2015?
1) Muka hadapan yang ceria mewakili harapan yang menggunung untuk tahun 2015
2) Kalender tahun 2015
3) Perancangan bulanan, yang dimulakan seawal September 2014 supaya sesiapa yang nak beli awal ti boleh terus guna. Paling best, ada tarikh Hijrah sekali untuk memudahkan rujukan. Di setiap hujung muka surat ada bahagian untuk catatan tambahan
4) Perancangan harian, yang disertakan bahagian untuk merancang menu harian. Orang perempuan ni kadang complicated kan. Nak lakukan sesuatu mesti merancang dulu kan. Kan? Kan?
5) Helaian untuk tarikh istimewa
6) Helaian untuk catatan nota
*Saiz Home Binder 2015 ialah saiz A4 dengan orientation potrait untuk 81 mukasurat



Muka hadapan- boleh request nak letak nama apa



Kemudian, kalender 2015



Diikuti perancangan bulanan. Haa..nampak tak tu ada tarikh Hijrah sekali. Senang nak buat rujukan



Seterusnya, ada perancangan harian. Bermula Jan 2015. Setiap hari telah dicatat tarikh bersamanya.


Di hujung bawah perancangan harian ada meal planning.


Then ada special dates. Boleh la nak catit birthday ke, annivesary or holiday. 



Last sekali ada helaian untuk notes. 

Siapa yang patut miliki Home Binder ni?
  • Individu yang selalu sibuk dan perlukan 'pembantu' untuk kelancaran urusan harian.
  • Blogger yang sering dihujani idea secara spontan. Home Binder ni boleh jadi tempat paling sesuai untuk memuntahkan segala idea tersebut.
  • Homeschooling momma. Keperluan untuk mencatat aktiviti harian anak-anak secara tersusun.
  • Pelajar. Sangat banyak assigment dan deadline perlu dikejar. Home Binder ini boleh bantu untuk fokus kepada perkara tersebut.
  • Working-at-home-mom. Urusan business seharian In Sha Allah lebih tersusun dan efektif dengan bantuan Home Binder ni.
  • Individu yang sukakan simpanan data dalam bentuk hardcopy yang tak ada risiko 'crash' seperti softcopy.
Berapakah harga Home Binder ini?

Pakej 1:
  • Softcopy
  • Lengkap semua ada seperti diterangkan di atas
  • 93 mukasurat
  • RM25 sahaja!
Pakej 2:
  • Softcopy
  • Templat untuk perancangan bulanan sahaja. Tak ada perancangan harian.
  • 21 mukasurat
  • RM10 sahaja!
Pakej 3: 
  • Softcopy & Hardcopy
  • Sama serupa seperti di atas. Boleh pilih nak wrapping paper yang ada dalam koleksi
  • 93 mukasurat
  • RM100 sahaja! (Termasuk kos printing berwarna full pages, kertas, tabs, binding cover depan belakang, laminate, postage etc)
*Waah! Berbaloi kan?

Bagaimana cara nak beli Home Binder ni?

emel ayie di: nuratiqah242@yahoo.com

Boleh pilih wrapping paper. UPDATE: Cover 8, 11, 20, 24 dah habis tau.









Di bawah ni adalah contoh Home Binder yang customer da order. Cantik + comel2! 





Uniknya Home Binder 2015:
  • Korang boleh pilih cover sendiri. Pilih je corak mana yang berkenan
  • Lebih ceria-sesuai untuk mereka yang nak ubah selera dari planner biasa yang kebanyakannya diisi dengan warna-warna mendatar
  • Practical design-hanya planner yang betul-betul digunakan sahaja diletakkan dalam Home Binder seperti monthly planner & daily planner

Berkenan? Cepat2 emel & order ikot kehendak masing2. Terima kasih! =)
-Promote-

Hasil Appointment Doktor

بسم الله الرحمن الرحيم

Khamis lepas ayie dapat appointment doc untuk jumpa hari ahad baru2 ni. Hasilnya, setelah hampir 2 jam setengah ayie tunggu baru sampai turn jumpa doc. Punya la ramai orang. Kena pulak haritu ayie 'ceri-beri'. Nak pulak tu, sepanjang perjalanan ayie dari Taiping-Sungai Petani ayie keluar masuk toilet je. Nasib naik keretapi. Haritu saja lebih 15 kali ayie buang air. Longlai tau..Kesian kat diri sendiri,huwwaa.. Ayie dah tak peduli dengan signboard kat toilet dalam keretapi tu. "Jangan guna tandas semasa keretapi sedang berhenti" Mana tahan wehh..dekat Butterworth keretapi berhenti setengah jam lebih. Tibaii je la. Daripada terbeyak dalam seluar kan..

Berbalik pada kisah appointment dengan doc tu, ayie kena pergi x-ray dekat hospital or klinik terdekat. Ayie buat dekat Hospital Yan. Hari ahad ni pulak baru jumpa balik doc bawak x-ray tu. Baru tau hasilnya macam mana. Sakit apa ke hari ahad ni dapat jawapan. Tapi ayie tengok x-ray dada ayie tu macam oke je. Takde apa2 yang pelik pun.. (pandai2 je kau ramal sendiri ye,muahaha)


Tunggulah hasilnya ahad nanti. Tapi doc ada sebut pasal 1 penyakit ni. Tak bahaya pun. Cuma kalau sakit makan la ubat. Ayie dapat stok ubat da. Tahan kot. Bila sakit je makan. Sakit tu namanya "Costochondritis" atau disebut "Sindrom Tietze". Ia adalah radang atau bengkak pada satu atau lebih tulang rawan. Puncanya, pernah tercedera atau batuk berpanjangan. Ni hasil dari ayie google. Ayie tak pernah tercedera kat dada. Tapi batuk tu mungkin. Sedar tak sedar ayie da lama batuk rupanya. 

Jadinya, kalau takde apa2 masalah lain, mungkin tu la sakit yang ayie hidapi sekarang ni. Sebab doc cek jantung, breast, paru2 semua oke. Takpe, tunggu doc cakap apa pulak ahad nanti. In Sha Allah takde apa2. Cuma ayie kena kurangkan bergerak terlalu aktif dan kurangkan buat kerja2 berat.

Ya Allah, berikanlah Nur Atiqah Johari kesihatan yang baik, amiin..

Tudung Bawal Chiffon & Halfmoon Chiffon

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah..Akhirnya impian dan angan2 hampir jadi kenyataan. Permulaan yang bagus. Syukur. Ayie cakap sebelum ni kan Ayie Buat Business Kecil-Kecilan (HomeMade). Alhamdulillah..ayie da jual 9 helai tudung bawal ng halfmoon chiffon. Yang best, ada request lagi nak. So, ayie open oder baru la. Lebih daripada 10 helai baru ayie balik Taiping buat tudung. Kalau tak rugi la nak balik kalau dalam 4 5 helai je nak buat. In Sha Allah ahad ni ayie open order baru. Nak kena tengok dulu jadual minggu depan free x weekend. Kalau tak free tak boleh la balik,huhu


Memperkenalkan koleksi tudung ayie. Ni warna2 yang ayie perkenalkan. In Sha Allah ada modal lebih ayie perkenalkan warna2 terbaru nanti. Bukan apa,kang buat warna2 yang ayie jarang pakai kalau takde orang beli tak ke rugi disitu..hehe Konsep sekarang ni yang ayie buat, ada order baru ayie buat. Takde tak buat la. Tak berani nak ambik risiko. Untuk permulaan cuba nasib ni pun ayie open order dulu. 5 helai memang orang oder, 5 helai lagi ayie cuba nasib je. Alhamdulillah harini terjual da 9 helai. Tinggal 1 je lagi,huhu

Apa yang specialnya tudung ni? First, customer boleh request nak line tepi tu warna ape. Contohnya, dia pilih nak no.1 (dark purple). Line tepi dia request nak purple lembut. Second, untuk halfmoon customer boleh request nak size M atau L. Tu la yang special nya. Ayie buat atas kehendak customer. Harga pulak, harga kasih sayang la. Untuk semua jenis tudung ayie jual dengan harga RM10. Mahal ke murah ke standard? Rasanya standard kot..

Ayie bercadang jugak nak open order untuk online. Tapi nanti jatuh mahal la. Sanggup ke dengan postage bagai. Kalau area sungai petani ni boleh la bagi by hand je. Luar sungai petani sanggup ke?huhu Ada yang sanggup boleh la ayie open order untuk online sekali =)

Plan seterusnya ayie ingat nak letak tudung ni kat kedai2 tudung. Kot la ada yang sudi nak kan. Sama2 tambah income. Tu plan akan datang la. Sekarang just jual sesama kawan dalam kampus je. Ayie dah mula ada keyakinan cket nak berbusiness ni. Mula2 memang malu + tak berani. Tapi ayie cuba jugak. Ayie percaya Allah dah tetapkan rezeki masing2. Kita cuma perlu berusaha. In Sha Allah..

Mula2 rancang duit hasil business ni nak simpan untuk tunang + kahwin. Tapi terlupa pulak HUTANG MOTOR tak habis bayar lagi,hahah jadinya dahulukan lah hutang motor tu. Untuk tunang dengan kahwin pandai2 la saving lain nanti,muahahha (boleh pulak ye lupa hutang motor, punya excited nak saving untuk kawin, haha) Apa2 pun, apa yang ayie buat semuanya Lillahita'ala.. In Sha Allah. Doakan ayie ye..=)

Friday, October 24, 2014

Kenapa Aku Diduga

بسم الله الرحمن الرحيم


-Salam Jumaat-
"Ya Allah, berikan ayah ayie kesembuhan yang baik. Mudahkan segala urusan untuk menjalani pembedahan semula..Amiin"

Sakit Masih Belum Sembuh

بسم الله الرحمن الرحيم

Seperti yang ayie cerita minggu lepas ayie ke klinik kesihatan untuk check dada ayie yang bengkak. Dah habis antibiotic yang doc bagi untuk seminggu tu sakit masih belum reda jugak. Cuma dia berkurangan cket. Bila ubat da habis sakit tu datang balik. Makin kerap. Yang ayie perasan, makan antibiotic tu buatkan ayie tak sedap badan sebelah malam aka rasa macam nak demam tapi time malam je. Call mak gtau, mak cakap "hang toksah da la makan ubat tu" padahal telan habis da,kuikuikui 



Then, siang tadi decide pergi balik klinik. Malangnya, pergi da lewat cket dalam pukul 3 lebih sebab baru habis kelas, doc takde. Yang ada hanya MA. MA tak berani la nak buat surat bagai untuk rujuk ke hospital. Dia buat appointment dengan doc hari ahad ni pukul 9 pagi. Memandangkan ayie ada kelas pagi tu, terpaksa la mintak datang lewat cket. Selewatnya 11:30 pagi. Habuan 'coklat' untuk harini ayie dapat ubat tahan sakit yang up cket. Yang kuat lagi kata MA. 

Dan harini jugak, ntah macam mana dalam bilik air tadi tetiba zuupp! rasa ditarik2 kat tempat sakit ni. Nak nafas Ya Allah..sakit sangat! Mengerang la dalam toilet tu. Siyes, ayie memang tak sanggup untuk hadapi saat tu untuk kali kedua. Teramat sakit. Tak tau la apa sebabnya..Terasa2 lagi sakit tu macam mana. Takut + trauma..sakit sangat..=/

Harini jugak dapat berita mak call bagitau ayah kena tahan wad. Pergi chekup biasa kat orthopedic tetiba doc cakap kaki ayah tu kena jangkitan kuman yang serius. Kena tahan wad dan kena operate balik. Allah..terkejut. Tak sangka akan di operate balik. Setahun da pakai besi tu. Memang selalu keluar nanah dekat skru besi tu tapi tak sangka sampai kena operate balik. Hmm semoga ayah tabah dan kuat. In sha Allah pagi esok ayie akan balik Taiping. Doakan semuanya berjalan lancar. Amiin.. 

Thursday, October 16, 2014

Sakit Apa Agaknya..

بسم الله الرحمن الرحيم


Hmm..ayie tak tahu la apa sebenarnya sakit ayie ni. Ayie mengalamai sakit dada bengkak ni sejak form 6. Masa tu doktor cakap mungkin arthritis. Ayie blur2 je sebab tak pernah dengar pulak sakit tu. Dan sakit tu berlarutan sampai la sekarang.

2 minggu lepas ayie pergi klinik 1 Malaysia dan doc cakap avoid ais dan pulut. Sebab takut urat kat dada tu making bengkak katanya. Bengkak ni bukan ada benjolan ke apa. Dia bengkak yang kembung tu. Sakit dia sampai kebas2 tangan belah kiri ni. Bernafas pun kadang2 perit je rasa.

Lepas tu semalam pergi pulak klinik kesihatan Merbok. Doc check bagai dia bagi antibiotics untuk seminggu. Kalau tak oke jugak dia akan rujuk ke hospital. Erm cuak pulak dengar. Takuut.. Ubat yang dalam gambar belah kiri tu ubat yang baru dapat semalam.

Ubat belah kanan pulak ubat yang dapat sebelum ni + ubat untuk sakit lain. Sakit lain yang ayie maksudkan tu ayie pernah excident 2 tahun lepas. Then, tempat ayie jatuh tu selalu sakit. Antara pinggang dengan vontot. Tapi yang tu ayie tak risau da sebab doc cakap kalau retak sekalipun diaorang tak kan operate sebab ayie muda lagi. Diaorang akan biar cantum sendiri je. Cuma kalau sakit sangat makan la ubat.

Aishh..banyak sakit ye ayie ni. Sakit kan penghapus dosa. Mungkin Allah sedang uji ayie. Doakan kesihatan ayie ye.. Semoga ayie cepat sembuh, In Sha Allah..

Wednesday, October 15, 2014

Kenapa Hadiah Tak Sampai..

بسم الله الرحمن الرحيم

Kenapa la kali ni hadiah GA tak sampai. Sedangkan ayie pos dari sebelum raya haji lagi. Ayie pakai pos biasa je. Sebab apa ayie berani pakai pos biasa? Sebab sebelum ni ayie pernah pos hadiah GA ke Sabah pakai pos biasa. Sampai. Sebab tu ayie berani nak pos pakai pos biasa lagi. Nak hantar ke Kelantan dengan Sungai Petani je. Tapi tak sampai. Hmm. Rugi 1. Kesian dengan pemenang la. Mesti diaorang tertunggu2 hadiah tu..Hmmm

Sumber:Google

Ni yang rasa macam malas buat GA ni. Buat orang taruh harapan je..Maaf semua..=/