Wednesday, January 7, 2015

Misi Bantuan Mangsa Banjir

بسم الله الرحمن الرحيم

(Kali ni atas alasan apa pulak ayie lama tak jenguk blog?)

Alhamdulillah.. Ayie diberi kesempatan untuk berkhidmat sebagai sukarelawan untuk mangsa banjir di sekitar Kuala Kangsar dan Lenggong. Walaupun keadaanya tidaklah seteruk di pantai timur, namun tetap memberi pengalaman bernilai untuk ayie dan sahabat sukarelawan yang lain. Kami berkesempatan untuk memberi khidmat dan bantuan di 3 buah kampung, Kampung Beng di Lenggong, Kampung Ara Panjang di Manong, dan Kampung Kelantan di sekitar Kuala Kangsar (nama je ye Kampung Kelantan tapi kat Perak). Ayie terlibat secara langsung di 2 buah kampung, Kampung Beng dan Kampung Ara Panjang. Di Kampung Kelantan hanya kaum adam yang berkhidmat di sana.


Keadaan rumah di Kampung Beng




Nampak kan macam mana kawasan rumah mereka. Masih ada air. Jadinya misi kali ni kami tak dapat nak bersihkan rumah orang kampung. Air belum surut. Hanya sebuah rumah saja yang sempat di cuci di Kampung Kelantan. Kaum adam yang cuci.  Di Kampung Beng dan Kampung Ara Panjang hanya cuci masjid dan tadika. Pun kaum adam yang buat. Jadi apa yang kaum hawa buat? Kami buat aktiviti kanak-kanak dan beramah mesra dengan penduduk kampung. Ayie yang pada asalnya bertugas untuk kerja pembersihan tapi atas sebab rumah tak boleh di cuci lagi jadinya ayie beramah mesra dengan penduduk kampung.

Alhamdulillah penduduk kampung beri kerjasama yang baik. Apa yang ayie nak highlight kan kat sini, rata2 mereka memang takde yang menangis bagai, takde pun yang mention cakap sedih bagai, tapi3 jauh di sudut hati mereka tergambar yang mereka sangat2 risaukan rumah mereka dan barang2 dalam rumah. Dari raut wajah dan cara mereka bercerita ayie dapat rasakan mereka sangat susah hati dengan keadaan banjir ni. Mereka memang sangat risaukn rumah mereka. Satunya, mungkin tu saja pusaka atau tanah peninggalan yang mereka ada. Then, siapa tahu tu sajalah harta yang mereka ada. Dan, walaupun bagi kita apa lah sangat barang2 yang mereka risaukan sangat tu namun bagi mereka tu sajalah harta mereka yang mereka ada. Kita tak tahu apa sebenarnya dalam hati mereka. Memang luaran mereka nampak biasa saja. Nampak seronok ada rakan2 di tempat perlindungan tapi jauh di sudut hati mereka...???

Memang di Kuala Kangsar dan Lenggong tak seteruk di pantai timur, tapi rata2 orang kampung yang ayie temui mereka risau sekiranya air empangan sekali lagi di buka.Kemungkinannya mereka akan hadapi banjir yang lebih besar. Kata mereka, mereka hanya mampu berdoa agar tidak lagi terjadi banjir sedemikian. Allah.. sayu dengar luahan mereka. Kita takde di tempat mereka. Kita tak tahu rasa macam mana barang rumah rosak. Tambah2 pula mereka bukanlah datang dari golongan orang yang berada. Rata2 mereka adalah nelayan, penoreh getah, dan pekebun. Mesti mereka sangat2 susah hati. Ramai juga penduduk yang mengadu darah tinggi mereka naik! Tak dapat tidur malam sebab susah hati fikirkan rumah. Sayunya.. Tak tergambar macam mana pula orang kampung di pantai timur..

Apa yang ayie boleh share juga di sini, sekiranya para sukarelawan sekalian tidak di layan dengan baik oleh orang kampung jangan terasa hati, jangan marah2 mereka. Fahamilah bahawa, tidak semua orang mampu untuk share kesedihan mereka pada umum. Keduanya, mungkin mereka juga telah penat melayan ramah mesra sukarelawan. Sehari bukan 1 kumpulan saja yang datang ke kampung mereka. Mungkin mereka juga perlukan sedikit ruang untuk diri mereka sendiri. Para sukarelawan yang akan bertugas kelak, cuba dan rapat lah dengan orang kampung. Sesetengah dari mereka perlukan tempat untuk luahan. Cukup bagi mereka sekadar kita menajdi pendengar keluh kesah mereka. Dengan siapa lagi mereka hendak mengadu nasib? 


Sumbangan orang ramai dari Sungai Petani dan Perlis


Gambar di atas ni di Kampung Ara Panjang. Paras air dah tenggelamkan jeti ni tempoh hari. Menurut cerita penduduk kampung, beberapa kali mereka ternampak, tertangkap, terlanggar ular sawa! MashaAllah.. takutnya. Semoga mereka dilindungi. Seorang kakak ni cerita, sungai ni penuh dengan ikan masa banjir haritu. Sekali sauk ikan dapat dengan ular sawa sekali. Besar katanya. Takutnya... Ada jugak penduduk kampung yang terlanggar. Mujur terlanggar dengan tayar moto. Kalau terlenggar dengan kaki? Nau'zubillahiminzalik.. Ayie terpikir jugak, macam mana la mereka yang 'randuk' air banjir tu. Semoga baik2 saja.



Team kami dari Sungai Petani. Lebih kurang 30++. Alhamdulillah. Semuanya sporting dan beri kerjasama yang baik. In Sha Allah semoga di beri kesempatan untuk kami berkhidmat di pantai timur pula kelak.

Sukarelawan = Suka, Sukar, Rela, Lawan
Buat kerja rasa Suka walaupun Sukar. Rela jiwa, Lawan nafsu


Tuesday, December 30, 2014

Denyut Kasih Medik

بسم الله الرحمن الرحيم


Sejak baca novel ni Denyut Kasih Medik ayie da jatuh cinta la untuk mengetahui lebih lanjut dunia perubatan ni macam mana. Alhamdulillah banyak ilmu perubatan. Baru ayie tau HO tu macam mana, MO tu pulak macam mana. Then HO tu kerja dia macam mana. Apa yang diorang kena buat. Ingatkan semua doktor tu sama ja kerja dia, hahah 

Rupanya diaorang ada bahagian masing2. Tapi tetap dengan satu matlamat, menyelamatkan manusia@orang sakit walau dengan apa cara pun. Mulia kerja doktor atau seangkatan dengannya, macam nurse, pembantu perubatan dan sebagainya.

Terbaru, ayie jumpa satu blog doktor. Blog Dr. Syamirul. Blog ni pun cerita perihal dunia perubatan jugak. Best. Sebab ayie da mula minat kan. Tapi untuk diri sendiri jadi doktor tu memang tak la kan. Selain pembelajaran tu sendiri yang tidak melayakkan atau dalam bahasa mudahnya banyak kantoi subjek sains SPM dulu, haha ayie penakut jarum sebenarnya, kui3

Pernah dulu ambik darah sampai pitam. Kena cucuk zaman sekolah jangan cakap la, menangis, kah3 malu je.. Latest dalam setahun lepas ambik darah. Ayie bagitau doktor siap2 da, "Saya takut jarum". Doktor cakap takde apa la, cket je..Fine. Dengan redha nya baring atas katil, doktor sapu2 ubat bius then dia bersembang. Tanya hal pelajaran, kos apa. Ayie dengan yakinnya bercerita. Then siap la da ambik darah. Alkisahnya, segala pertanyaan doktor tu hanyalah trick untuk leka kan ayie dari fikir tangan tengah kena cucuk ambik darah, hahaha Dah macam budak2 je kan kena trick bagai..T_T

Ada novel pasal perubatan jugak kan? Antara penulisnya seorang blogger. Tajuk dia Diagnosis. Ayie belum berkesempatan lagi nak baca. In Sha Allah 1 hari nanti ayie nak baca jugak. Sedikit sebanyak ada jugak knowledge tentang perubatan ni. Kagum dengan mereka2 ini =)

Cheese Cake Segera

بسم الله الرحمن الرحيم

Waaaaa..! Da lama teringin kek ni tau. Mula2 pm dapat tau harga, hold dulu jap. Fikir2 kan dulu. Lama2..aisshh tak boleh jadi ni. Tak tahan daulat da. Terliur..nyum2. Terus oder. Sabtu lepas sampai terus buat. Senang + mudah + pantas.


1) Mesti la kena beli dulu tepung cheese cake. Topping sekali dia bagi. Ayie pilih blueberry. Sedapp! Satu lagi tu member ayie punya, topping coklat. Pun sedap.

2) Hanya perlu campur + gaul + kacau dengan susu full cream 150 ml.

3) Then, kacau2 sampai sebati.

4) Boleh la simpan dalam bekas sebelum disejukkan 3-4 jam

(Jangan risau, instruction pun disediakan sekali dengan tepung ni)


Maka hasilnya..Nyum3! Sedaaaaapppppp! Terliur lagi ni. Rasa macam akan order lagi je nanti, muahahaha

Boleh wasap sis ni 016-9229048 (RM14)

Tuesday, December 23, 2014

Kerja Greenstone

بسم الله الرحمن الرحيم

Ni semua kerja punya pasal. Nak letak gambar dalam Greenstone tapi tak tahu actual nya nak buat macam mana. Jalan yang kami jumpa upload dalam blog ayie, hahah layankan je la





Thursday, December 11, 2014

Helmet Kena Curi

بسم الله الرحمن الرحيم

Normal la kan helmet kena curi. Tanpa nak cerita jugak, boleh? Kih3.. Helmet ayie kena curi kelmarin. DALAM KAMPUS. Lahhhaaiiii la adik2 oii. Awak memang terdesak sangat ea nak kan helmet. Tapi, bukan dengan cara mencuri dik.. Banyak lagi cara lain, pinjam ke..Mencuri tu berdosa tau. Kalau akak ni memang sangat2 perlukan helmet tu macam mana? Insaf dik ye..hidup kita ni bukan lama mana. Akak maafkan dik. Mungkin adik lebih memerlukan.. (ye2 je ayie cakap adik bagai, padahal tak tahu pun siapa ambik,huhu) Tak pasal2 ayie kena g mintak izin polis bantuan cakap saya ni balik takde helmet tau, kena curi..huhu




Tinggal kenangan je..hahah

Tuesday, December 9, 2014

Projek Kotak Cinta

بسم الله الرحمن الرحيم

(Phhffuuuhh...phfuuuhhh.. Gabuih habuk sat. Lama tak jenguk blog sebab busy memanjang)


Ayie datang kali ni nak share satu projek kecil-kecilan di mata ayie, In Sha Allah besar di sisi Allah. Semalam godek FB jap, ada satu page ni share pasal benda ni. Sharing Is Caring box. Benda ni di buat di UUM. Tak tau kenapa tetiba terasa sangat nak buat jugak dekat UiTM Kedah. Melonjak-lonjak nak buat. Tapi, the big problem is ayie da final year. Sebulan dua je lagi nak ada kat Kedah ni. Then, siapa nak handle projek ni bila ayie dah takde kat Kedah nanti? Stuck jap.. (Awat la tak terpikiaq nak buat dari semester 2 or 3 dlu) 

2 3 minggu lepas ayie ada jumpa jugak kat FB dia buat box duit tapi kat UIA. Box duit dengan box makanan ni sama tujuan dia. Nak tolong students yang mana sangat memerlukan duit or nak makanan tapi tak cukup duit nak beli. Siapa saja yang memerlukan boleh ambik. Takde apa2 syarat. Cuma kalau box duit tu, kena tulis amount berapa dia ambik. Tapi bergantung la dengan orang yang anjurkan tu, tak nak letak apa2 syarat lagi bagus.

Ayie nak namakan projek ni Projek Kotak Cinta atau Love Box. Sebab apa pilih nama ni, sebab dalam box ni penuh dengan kasih sayang. Siapa² yg memerlukan makanan boleh ambik. Samada dia tak cukup duit ke atau dia tak sempat nak makan ke sebab busy dengan kelas, boleh ambik tanpa sebarang syarat. Tak payah tulis² nama bagai.

Konsep yang ayie nak buat ni mudah je. Siapa memerlukan boleh ambik. Mungkin satu hari nanti giliran dia pulak untuk letak something dalam box tu. Then, siapa yang nak letak duit pun boleh. Nanti kami akan kutip duit tu beli barang untuk topap balik barang dalam box tu. In Sha Allah.. Ni baru perancangan. Ayie akan jumpa advisor nak usulkan benda ni. Kot di luluskan secepat mungkin ayie akan laksanakan projek ni. Tak sabar nak tngok respond & feedback students UiTM Kedah ni.

Doakan ye projek ni dapat dilaksanakan. Sekurang² nya ada jugak bakti kat tempat ayie pernah timba ilmu ni. Ayie sendiri pernah jadi students. Jadinya memang faham lah macam mana peritnya bila duit susut, nak beli makanan duit tak berapa ada. Jadi ni salah satu bentuk pertolongan yang dapat dihulurkan. Nak buat kotak duit rasa macam tak mampu sebab bukan ada mana² sponsor. Projek ni ayie buat berdua je dengan sahabat ayie. Doakan ye.. =)

Wednesday, December 3, 2014

Diganggu Kenalan Lama

بسم الله الرحمن الرحيم

First time dalam blog ni nak state cerita yang agak peribadi. Kot2 orang yang ayie maksudkan tu terbaca ke.. Supaya dia faham, its all about jodoh. Dia yang ayie maksudkan kenalan lama zaman sekolah dulu. Kami sangat2 berbeza dan beza paling utama dan peting, AGAMA! He's non-muslim and come from Sabah. Kenal lama dah since zaman sekolah sebab tersalah nombor (itu perkara biasa zaman tu, asyik kebetulan salah nombor je,haha) Tapi da lama lost contact. Masing2 dah ada haluan hidup sendiri. Ayie dengan life ayie. And almost my life change since ayie continue sambung degree. Means lebih matang. Yela,umur pun da nak masuk 24 tahun. Member sebaya anak dah 2 3 orang dah. Takkan nak buat perangai budak2 lagi kan.

Dia mula ganggu start minggu lepas dekat FB (nasib dia takde nombor ayie da). Mula memang tak balas apa2, tapi geram punya pasal dok desak2 and ugut beberapa perkara ayie kena jugak balas supaya dia faham. Tapi hampeh, tak jugak faham2.. Adoii la..Then nampak macam dia da mula faham dengan statement dia "kita takde jodoh". Yess..good! Faham pun. Ingat settle da. Tapi malam tadi dia buat hal lagi. He disturb me again. At the end, Alhamdulillah..dia sendiri yang block ayie,maybe.. Sebab ayie dah tak boleh reply converstaion tu & tak leh bukak da FB dia. Tu maknanya da block la kan?

Kepada dia yang ayie maksudkan, terima hakikat yang kita mungkin tak ditakdirkan bersama. Kita terlalu berbeza. Kisah kita da lama. Ayie tak nak ingat apa2 da. We start new life. Lets create a wonderful life. Forget everything. You dengan cara hidup you, ayie dengan cara hidup ayie. You can hate me as much as you can, but please do not disturb me anymore. Tu je ayie minta. And forgive me atas apa yang dah berlaku. Tutup buku. Ayie da lama bukak buku baru. Hope you will understand the condition..I am sorry. 

Sorry quotes for her 1 540x450 Sorry quotes for her (1)
Sumber: Google