Tuesday, September 6, 2016

Resepi Ayam Bakar

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam, hye!

Sejak jadi 'surirumah' separuh masa ni hampir setiap hari ayie akan masak. Setakat ni untuk makan tengahari tak pernah beli lauk kedai lagi. Untuk dinner tu ada la keluar makan atau beli bungkus je. Kadang tu jiran bagi lauk so tak masak la untuk haritu, hihi Ayie masak biasa-biasa je. Asalkan boleh di makan, sedap di tekak sendiri, haha Menu yang hampir setiap minggu ayie akan buat sambal ikan. Adik ayie selalu request yang tu T__T

Untuk harini saja buat lain sikit. Buat ayam bakar. Jumpa resepi dekat FB. Dan adik ayie request suruh buat lagi esok tapi ikan bakar pulak. Makanya, bila di request lagi maksudnya sedap. Bila sedap haruslah share sini takut lupa resepi, hihih Jom tengok bahan-bahannya apa. Ayie olah sikit dari resepi dekat FB tu.

Bahan-bahan ayam bakar:

1) Bawang besar 1 labu*
2) Bawang putih 3 ulas*
3) Serai sebatang*
4) Cili padi (optional)*
5) Serbuk kunyit 1 sudu kecil
6) Sos tiram 1 sudu besar
7) Lada sulah
8) Secubit garam

Cara-cara:

1) Kisar semua bahan bertanda *
2) Gaul semua bahan + bahan kisar dengan ayam / ikan 
3) Perap (ayie perap kejap je dalam setengah jam)
4) Kemudian boleh la di bakar. Ayie pakai pemanggang ajaib je. Panggang dalam 20 minit macam tu.



**semua kuantiti bahan di atas ayie agak je, kalau banyak ayam / ikan nya lebih kan la bahan-bahan tu ye

**boleh perah limau / lemon / air asam jawa untuk rasa masam-masam sikit

**resepi asal dia balut ayam tu dengan daun padan, boleh la kalau korang nak cuba ye

No comments:

Post a Comment