Saturday, September 17, 2016

Raya Haji 2016

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam, hye!

Sepanjang hidup hampir 30 tahun ni, ni kali pertama raya tanpa mak ayah di sisi. Mak ayah ayie dapat peluang ke Tanah Suci Mekah tahun ni. Jadi nya kami beraya bertiga je la..T__T
Takde apa-apa sepcial preparation pun. Sekadar buat bihun sup, beli lemang. Tu je..Tapi Alhamdulillah murah rezeki kami, jiran-jiran bagi rendang ayam. Dapat la makan dengan lemang, heheh

Pagi raya pergi solat raya. Balik makan-makan, rehat jap. Dalam pukul 11 gerak balik kampung ayah jap jumpa tokwan. Lepas tu gerak balik kampung mak di Bukit Merah. Kami naik motor je dua buah. Takpe la sekali sekala mencabar sikit. Tak jauh mana pun dalam setengah jam ++ je. Lagipun bukannya tak biasa. Beraya la kat sana kejap. Gitu lah ceritanya raya haji ayie tahun ni. Kalau mak ayah ada sini biasanya pagi ayah akan pergi surau settel urusan korban bagai. Tengahari pergi kenduri kat surau, petang baru balik kampung. 


Jubah raya kami ni diterbangkan khas untuk kami dari Madinah, hahah Mak ayah poskan dari Madinah. Dua kotak sampai Malaysia bulan lepas. Bukan la jubah semata-mata. Ada barang lain lagi. Ada barang yang orang kirim sama. Dapat la kami buat pakai masa raya haritu. Kalau tak ayie nak pakai baju apa yang ada je. Jangan tak percaya kami pakai jubah naik motor balik kampung tau, haha Selamat Hari Raya Aidiladha =)

p/s: Counting days tunggu mak ayah balik. Semoga semua jemaah mendapat haji mabrur dan selamat pulang ke Malaysia, amiin..

No comments:

Post a Comment