Thursday, September 17, 2015

Bila Dapat Pengurus Macam ....


بسم الله الرحمن الرحيم


Sepanjang berblog ni tak pernah lagi la rasanya ayie nak meluah ketidakpuasan hati bagai. Tapi ayie nak nyatakan di sini apa pandangan korang tentang situasi ayie ni. Sudi lah kiranya bagi pandangan dan pendapat korang, in sha Allah ayie terima dengan hati terbuka. 

Mengenai penyataan gambar di atas ayie sangat2 setuju. Kerja teruk macam mana pun tapi dapat boss bagus lebih baik daripada kerja bagus tapi boss ntah apa2. Ayie akui kerja ayie sekarang boleh di kira bagus la jugak. Guru. Umum tahu satu kerja yang mulia. Tapi kalau dapat boss yang ntah apa2 yang tak matang yang tak dewasa siapa tahan? 

Ayie tak tahu lah di tempat lain. Tapi di tempat ayie kerja kami dua orang guru lah yang mengajar, yang di minta untuk memasak sarapan pagi dan tengahari secara bergilir (masak tengahari kami tolak sebab sangat2 tak sempat), yang kena datang seawal 7 pagi untuk mengambil pelajar (tanpa bayaran OT setakat ini), yang akan mengambil pelajar di pagar tadika, yang akan menghantar semula pelajar, yang di minta untuk mengemop dan menyapu sampah bagai, kencing berak pelajar tu memang confirm lah kena buat (ayie takde masalah yang ni, tapi bila uruskan pelajar yang hendak kencing dan berak kelas akan terabai begitu sahaja) dan turut mengurus yuran sekiranya parents datang bayar yuran.

Segala yang di senaraikan di atas adakala mendatangkan stress pada kami 2 orang guru. Mangsanya? Tentulah pelajar..Masalah di sini, syarikat tadika ini mengaplikasikan teknik nabi. Di mana konsepnya, selagi perbuatan pelajar tidak berdosa maka guru tidak berhak marah apatah lagi sentuh pelajar. Ayie bukanlah nak persoalkan teknik tersebut, tapi salah kah kami guna cara kami sendiri dalam mendidik pelajar? Guru mana yang sengaja nak tegas2 dengan pelajar kalau bukan reason untuk mendidik? Ya, kami tau kami bukan graduan pendidikan awal kanak-kanak or maktab, tapi apa yang kami buat demi untuk mendidik semata-mata. 

Satu lagi masalah si pengurus suami isteri ni, apa saja ketidakpuasanhati mereka atau hanya sembang2 kosong pasal kami 2 orang mesti nak conteng di FB mereka. Beberapa kali dah ayie nampak status2 mereka segala pasal kami. Sedarkah mereka perbuatan mereka itu dilihat oleh parents yang freind dengan diaorang? Apa kata parents kelak tentang kewibawaan kami sebagai guru yang mengajar anak2 mereka? Inikah contoh teknik nabi yang diaplikasikan tu dengan membuka aib atau peribadi orang di khalayak umum? Sedarkah mereka dengan perbuatan mereka ini? Bukankah lebih baik berdiam daripada berkata2 tetapi menyinggung perasaan orang? Bayangkan lah, kami ni kan di minta masak tengahari. Di tadika takde rice cooker, kena masak atas dapur api. Kami ambil keputusan bawak sendiri rice cooker kami@ayie punya rice cooker. Sebab kami takut nasi akan hangit dalam masa yang sama nak handle pelajar, nak mengajar lagi. Si pengurus ni boleh canang dekat FB yang guru2 di tadika ni bawak rice cooker pergi sekolah, pelik sebab guru selalu bawak laptop bawak buku. Haaaiiii panas hati kami! 

Terbaru, kelmarin ada meeting. Demi Allah, ayie tak dengar langsung dia sebut perkataan 'peraturan'. Yang ayie tau dia explain bla bla bla tapi tak sebut pun yang dia explain tu adalah peraturan syarikat bagai. Senang cerita, dia panggil kami meeting tu sebab nak tegur cara kami mendidik pelajar. Tapi cakap tak terus terang nak berkias bagai. Kami hanya diam masa dia explain bagai tu. Paling diam ayie lah. Guru sorang lagi bercakap jugak. Kenapa ayie diam? Sebab ayie tau kalau ayie bersuara lain jadinya. Means mungkin ayie akan biadap dan berkata kasar dengan perbuatan mereka tu sebab tu ayie pilih untuk diam. Tau tak, sekali lagi dia canang di FB tentang perbuatan kami@ayie yang diam tu. Katanya, 1. kami diam sebab faham dan akur tentang perturan syarikat, atau 2. kami diam sebab dalam hati memberontak tapi takut nak luahkan, atau 3. kami diam sebab memberontak dan tak mau tau pun tentang peraturan syarikat.

Allahuakhbar.. come on lah, ni kah kematangan seorang pengurus yang di tunjukkan? Dengan conteng di FB unutk tatapan khalayak umum? Why not face to face dengan kami cakap terus terang? Kalau dah tak perlukan khidmat kami cakap terus terang. Kenapa perlu mengaibkan di FB? Apa parents akan fikir bila baca status mereka tu? Allah.. kami ni sehabis sabar dah ni. Tau apa ayaie akan buat andai hilang sabar ni? Maki cukup2! @#%**&^%# punya pengurus! Kenapa kami pilih untuk diam dan biar mereka seolah pergunakan kami? Sebab kami cuba untuk dewasa dan berfikiran matang. Untuk apa kami balas perbuatan mereka tu kalau itu membuatkan kami tiada beza dengan mereka? Kalau kami balas sama macam mereka buat apa beza kami dan diaorang. 

Kami tau kami ada Pembalas yang lebih berkuasa. Allah. Ya, kami serahkan segalanya pada Allah. Walau hari2 kami menyumpah seranah mereka ni, kami tetap sabar kerja dan pegang tanggungjawab mendidik anak2. Kerena apa? Demi Allah, ayie kesian dan sayang kan anak2 di tadika ni. Kalau kami berhenti sekarang, anak2 akan terabai seketika sementara dapat guru baru. Ayie kira2 hari persekolahan ada lebih kurang 40++ sahaja. Jadi kami pilih untuk bertahan lebih kurang 40++ demi anak2. Ya, demi anak2. Sumpah demi Allah, apa yang ayie buat ni hanya untuk anak2. Lain2 perangai pengurus yang ntah apa2 tu kami hanya nak pejam mata buat tak nampak. Tu urusan diaorang dengan Allah. Tentang duit, tentang amanah bekerja dan segala bagai, jawab lah dengan Allah. Kalau parents nak tau lebih lanjut tentang perihal sebenar kami bersedia untuk ceritakan segalanya dari A-Z. Terus terang cakap, kami memang tak mampu tahan dah dengan sikap mereka ni. 

Semoga Allah permudahkan niat dan urusan kami. Semoga ada balasan setimpal untuk diaorang agar diaorang sedar kekhilafan diaorang. Ohya, satu lagi. Mereka ini jenis suka perli, tapi bila kita try perli balik diaorang tak boleh terima. Sekali lagi, come on lah.. matang dan dewasa sikit. Dah kawen tak lama lagi pun nak jadi mak bapak budak jugak... Sedarlah.....

#Semoga ini menjadi iktibar buat kami..

3 comments:

  1. Sabarlah Ayie. Ana faham situasi Ayie. Sebab ana jugak guru tadika. Memang penat kalau dapat pengurus camni. Sakit gila hati ni. Dahla kita mengajar, jaga pelajar sampai petang. Masak pulak tu. Memang tak larat. Dapat pulak bos yg macam x suka kite je. Senang citer camni laa, Ayie try cari keje tempat lain. Ajak kawan tu sekali. Biar pengurus tu xde pekerja. Hahaha. Ana bukan nak ajak wat jahat, tp ana dah byk kali tukar tempat keje. Niat sbb nak bg 'pengurus'2 cmni rase bile dia dah xde pekerja sebaik kita. Sabar ye Ayie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa.. lega dengar ada rupanya yang senasib kami ni. Memang kami plan pun macam tu, berhenti cari kerja lain. Rata2 orang yang tau cerita ni suggest kan pun macam tu jugak, in sha Allah semoga dipermudahkan rezeki, thanks ana =)

      Delete
  2. salam perkenalan dari group HS :)
    http://akudiadangarage.blogspot.my/

    ReplyDelete