Wednesday, March 18, 2015

Testimoni Ephyra Skin Bar 1

بسم الله الرحمن الرحيم


Sekian lama tak berupdate blog, kali ni datang bersama testimoni gittuu! Ephyra Skin Bar. Ya, ini lah bendanya. Di saat ayie sedang mencari2 produk apakah yang sesuai di pakai untuk kulit burn macam ayie ni, ia pun hadir menonjolkan diri.. Waah gittuu cerita dia. Cerita nya, kulit ayie burn. Da la memang gelap pun kan, bertambah gelap la jadinya. So nak la try mana2 produk yang boleh bantu masalah ayie ni kan. Ada jugak usha2 satu produk ni.. Satu set RM40 camtu. Oke la kan. Tapi mak ayie pernah pakai, mak cakap tak berapa oke. Tapi ialah, kullit kita bukan sama. Ada orang pakai oke, ada yang tak. Ayie ambik keputusan tak nak lah.. Nak cuba yang lain.

Then, scroll punya scroll FB kak ina blogger Intan Berlian ada post pasal Ephyra Skin Bar. Ada promotion la gitu. Ntah macam mana ayie sangat la tertarik nak cuba. Petang Khamis lepas pm kak ina, Jumaat kak ina da post. Malam tu ayie mimpi sabun tu da sampai.. Haha punya lah tak sabar kan. Sampai termimipi! (>_<) Then barang sampai hari Isnin. Abang posmen pulak tak jumpa kampung ayie dok ni, laahhaaiii.. Dugaan ye di situ. Then, dalam sejam camtu housemate bagi tau barang da sampai. Yaaahhhhuuu! Rasa nak balik la2 tu jugak, hahah (Sekali lagi ketidaksabaran di situ ye)

Orang lain potong sabun tu 4 or 6 bahagian. Ayie p tibai potong 9 bahagian! hahah bukan apa, jimat.. 1st time pakai? Ya Allah... sangat licin kulit ayie. Hidung ayie ada bintik2 resdung tu. Hilang! Ayie pun terkejut, pegang2 hidung licin.. Bukan la selicinnya tu. Tapi tak kasar macam sebelum tu. Dan seterusnya ayie teruja nak pakai selalu. Sampai suruh sahabat baik ayie pakai sama. Ayie kasi dia seketul, hihi

Ayie tak jual tau. Ayie kasi testimoni je. Gambar nanti da seminggu dua ayie pakai ayie upload ea. Korang kalau nak beli boleh la pm kak ina ye. Mesti kak ina kasi harga berbaloi2. Taknak beli lagi pun tak pe, sembang2 dengan kak ina dulu. Nak baca pasal sabun ni boleh klik sini ye.. =)

6 comments:

  1. itulah ramai kata ok sabun nih.. macam nak cuba plak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba la sis.. mana tau kot serasi =)

      Delete
  2. Memang betul best... kite pon pakai jugak! Kalau nak order ngan kite pon boleh... kite bagi diskaun 15% utk ephyra skin bar. Jemput ke www.satujanjikita.blogspot.com :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye? waa.. nt ayie melawat blog sis. Ada rezeki nk cuba collagen pulak,hihi

      Delete