Wednesday, February 1, 2017

D.I.Y Bahan Bantu Mengajar (BBM) Tadika

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam, hye!

Harini mula sekolah weeehhh! T__T 
Lemau je rasa setelah agak lama cuti tahun baru cina, hahah Anyway, ni adalah sedikit sebanyak idea yang ayie nak kongsikan tentang hias-hias kelas ni. Ayie bukan lah kreatif mana pun, tapi ayie minat buat benda-benda D.I.Y ni. Tu yang gigih sikit. Plus, ayie google jugak tengok idea macam mana.

1) A B C di dinding
    Unsur kali ni ayie pilih berasaskan warna hitam. Sebab bagi ayie warna hitam senang nak combine dengan apa warna pun. Boleh jadi warna-warni yang ceria. Idea asal nak buat gantung-gantung. Tapi bila belek BBM A B C yang lama kat kelas koyak-koyak dah.. Jadi ayie decide tempek A B C yang ayie buat ni kat tempat lama ni. Ohyaa, ayie pilih bentuk bulat. Sebab ayie rasa bulat macam comel je, hihih 



#Sedikit tips, untuk penjimatan dan untuk jangka hayat panjang BBM ni (In Sha Allah) ayie letak plastik lutsinar di luar. Bukan apa, takut habuk + takut anak-anak gatal tangan koyak atau conteng + warna luntur. Jap lagi ayie tunjuk contoh warna luntur.  Tapi kalau sesiapa yang ada bajet lebih boleh la laminate BBM ni untuk tahan lama.

#Guru di tadika ayie ada pesan, nak kenal kan anak huruf kenal kan dengan huruf kecil dulu. Sebab tu A B C ayie huruf kecil.

2) a e i o u 
    Ni idea last minit. Sebab last minit baru perasan ruang tu kosong je.. So kejadian nya agak cincai la sebab ayie tak letak plastik. Jadi la warna luntur macam ayie cakap tadi. Selain letak a e i o u, untuk ruang panjang macam ni sesuai jugak letak nombor 1 2 3 atau nombor arab.


Gambar atas tu masa awal-awal tampal. Nampak elok lagi tak luntur warna. Gambar bawah da makin luntur da warna pink tu, hmm Oopps! Gambar pokok-pokok tu hasil seni anak-anak. Cop-cop warna guna jari.

#Hiasan di whiteboard tu bertemakan laut, hihi Ada ketam dengan ikan. Tapi kiri kanan letak owl pakai topi ijazah. Saja letak macam comel je, heheh

3) Flash card A B C
    Yang ni pun berasaskan warna hitam, plus merah. Gambar semua ayie google je. Huruf edit je dekat Microsoft word. Settle. Kertas hitam A4 tu jenis keras sikit, bahagi dua. Then, print out la segala gambar. Tempek-tempek la huruf dan gambar tu. Yang ni pun ayie gigih jugak sebab nak jangka hayat dia lama, ayie balut satu-satu.



Di sebabkan buat sendiri, jadi terfikir jugak nak simpan macam mana flash card ni supaya tak hilang. Jadi ayie buatkan la kotak kecil macam ni. Guna manila kad je. Again, still black. Tak tau la kali ni berkenan sungguh letak hitam sebagai warna asas, huhu



4) Mengenal Warna
    


Masih menggunakan asas warna hitam. Hitam tu jenis board, keras. Size A3. Gunting je kertas warna bulat-bulat. Tulisan semua buat dekat Microsoft word, then print out. Ayie buat mengenal warna in English & Arabic. Yang ni pun ayie balut jugak supaya tahan lama, in sha Allah.. 

Setakat ni, yang ni je lah ayie buat BBM untuk kelas. Sekarang dalam proses buat carta bintang. Bahan dah ada, mula buat je belum lagi. Kali ni buat style lain dari yang lepas. Nanti dah siap ayie share oke. Semoga boleh jadi idea cikgu-cikgu, ibu-ibu di luar sana. Kalau ada idea apa-apa meh la share dengan ayie.

Banyak sticker owl sebab cikgu atiqah suka owl, hihi =)


Tuesday, January 24, 2017

Short Vacation to Cameron Highlands

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam, hye!

Cerita basi pun ayie nak cerita jugak. Ni kan diary ayie..hihi 31/12/2016 lepas kami sekeluarga sempat bercuti ke Cameron Highlands. Pergi balik hari je. Ambik adik ayie dekat Tapah, lepastu naik ikut Tapah. Jalan boleh tahan bengkang bengkok nya. Orang sebut kona patah. Alhamdulillah masa pergi tak muntah, hahah Hampir sejam setengah jugak sampai la dekat destinasi pertama. Tak pasti nama tempat tu apa. Tapi kalau naik dari Tapah ni 2 km lagi nak sampai ke Cameron Valley. Ayah singgah rehat kejap. Yang kitaorang ni ambik kesempatan la bergambar dengan strawberi bagai kan.

Nasib singgah sini. Sebab sini je kami sempat bergambar dengan strawberi, hihi

Hampir sejam rehat, kitaorang terus ke Cameron Valley. Ohyaa..cuaca masa dari mula naik da mendung, hujan renyai-renyai. Sampai je kat Cameron Valley hujan agak lebat. Tak dapat shoot banyak gambar. Masa ni da mula sejuk. Sempat la mak grab beberapa kotak teh. Kalau nak jalan-jalan ke ladang pun boleh. Naik jip sorang RM2 kalau tak silap. Tapi masa kami sampai around pukul 12:30 tu next jip pukul 2:30..so tak jadi la nak jalan tengok ladang dekat-dekat.

Cantik kan view ladang teh kat Cameron Valley ni

Lepastu terus ke Tanah Rata. Singgah makan, then shopping sikit kat kedai-kedai situ. Lepastu solat dekat masjid depan balai bomba. Haaa masa ni da mula makin sejuk. Cuaca sana pun dah memang sejuk tapi tambah pulak dengan cuaca hujan renyai-renyai. Memang teramat-amat sejuk la bagi kami. Masuk solat kat masjid tu punya la sejuk lantai, apa ntah lagi nak ambil wudhu', sejuk! Lepastu apa lagi, shopping la dekat pasar malam area masjid tu. Syok shopping situ, agak murah jugak la. Ayie sempat la beli cactus kat situ, comel!

Dua ketul ni ayie punya! Ayie beli 6 RM10. Selebihnya bagi adik-adik ayie jaga. Malangnya, yang kiri tu 'kurang sihat' da..hmm

Rasa macam tak puas jalan-jalan situ sebab kedai-kedai seterusnya masa kat Berinchang dah tak dapat harga tu. Lagipun dah petang kedai banyak dah tutup. Lepastu terus ke Kea Farm. Masa sampai tu dah rasa sejuk sangat! Da hampir pukul 7 malam. Lagipun cuaca seharian hujan renyai. Kitaorang excited sangat bergambar bagai, ambil feel rasa sejuk. Cuaca masa tu 17' celsius. Sempat jugak di beri peluang keluar wap ikut mulut macam mat salleh tu, hahah Punya la teruja dok hembus-hembus kan.. =)

See..berkabus je belakang tu. Memang sejuk betul kat Kea Farm masa ni

Settle mak ayah shopping situ, kami gerak balik ikut Simpang Pulai. Hmm masa ni sadis sikit..around 20 km nak sampai ke Simpang Pulai ayie muntah lah pulak..hmm Kalau ikut kan jalan dari Tapah lagi teruk kona-kona. Tapi benda nak jadi kan..redha je la jadi 'bahan' adik-adik T__T 

Apa-apa pun enjoy sangat dengan short vacation. Dari awal cuti dok pujuk ayah nak pergi cameron. Akhirnya, di penghujung cuti dapat jugak pergi..Alhamdulillah!


Temporary View for Blog

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam, hye!

Setelah hampir dua bulan tak usik blog haritu, tak perasan blog jadi ntah apa-apa. Hampir dua bulan tak update blog tu dok view blog kat hp je. Jadi tak perasan la sebenarnya view blog dah jadi ntah apa-apa bila tengok by laptop. Hmm..

Ayie malas nak godek blog lagi, plus masih busy lagi sementara tunggu cuti raya cina ni, ayie pakai je la template yang sedia ada ni dulu..Pink pun pink la. Dah ini je yang menarik di mata ayie. Hilang tema purple..purple ada, tapi blank sangat pulak.. Hentam je la. Nak pakai yang lama dulu rasa macam ada tukar-tukar something. Takpe lah, pakai je la ni dulu..

New story will be update shortly =)

Wednesday, January 11, 2017

Temuduga Part 5

بسم الله الرحمن الرحيم



Salam, hye!

Berapa lama tak update blog daa... Banyak benda nak story kat sini. Tapi condition laptop ntah apa-apa jadi malas. Dok guna laptop ayah jaa.. hmm Kita bukak cerita tahun 2017 ni dengan cerita temuduga. Kira ni temuduga pertama la untuk tahun 2017 ni. Semoga ada lebih banyak lagi temuduga dan ayie dapat kerja stabil, amiin..

Temuduga pada Isnin lepas (9/10/2017). Jawatan kerani MIS. Ada kena mengena dengan kos masa belajar dulu. Minor sistem. Ayie ada belajar subjek ni masa semester 5. Gigih jugak study sikit-sikit, bukak nota-nota lama. Petang esok nya pergi la interview.

Mula dia bagi borang mintak isi. Ayie pun gigih la isi. Selang 2-3 minit dia datang bagi kertas warna kuning. Tudiaaaaa satu set soalan kena jawab. First time ni interview kerja swasta kena jawab soalan bagai. Ayie notice, sejak dari 2015 sampai la sekarang pelbagai jenis interview ayie attend macam-macam benda baru ayie belajar. Just enjoy the experience. Selak punya selak kertas soalan..hmm senang je sebenarnya ni. Tapi tu la, benda belajar da tinggal lama..dah tu pulak tak amalkan pun apa yang di belajar jadi rasa susah nak jawab, haha


Soalan semua berkisar tentang network, computer. Bahagian last ada soalan tentang syarikat. Lepas tu ada la buat simple essay. Dia suggest buat about myself. Ayie pun malas fikir panjang buat je la essay about myself. Ohhyaa..mula nak jawab tu fikir jugak, nak jawab in English ke BM.. Soalan nya dwibahasa. Fikir punya fikir jawab in English la. Bukan sebab nak bajet handal ke apa, cuma nak asah skill jawab soalan dalam English je.. Lama dah tinggal..rasa rindu zaman belajar..

Settle jawab ayie pun ikot la akak staff ni untuk semi intervew. Sebelum masuk untuk interview dengan HR, akak ni explain dulu skop kerja dan sebahagian tentang syarikat. Akak tu explain bab solat.. Solat boleh, tapi waktu rehat je la. Selain waktu rehat, tak boleh curi-curi keluar solat kejap. Kira kalau kerja shift petang dalam pukul 2-10 malam, kemungkinan besar Maghrib kira burn la.. Dalam erti kata lain, balik kang qada' la solat yang tertinggal tu.. Ayie pun macam...krik krik jap fikir.

Kedua, akak tu cakap baju kena pakai tangan pendek..tak boleh pakai hand socks or inner. Tudung tuck-in..ayie pun krik krik lagi fikir. Last ayie cakap..takpe lah akak, saya mintak maaf..saya tolak interview jawatan ni ye.. Akak tu pun mintak maaf jugak sebab da susah kan ayie attend interview ni. Ayie cakap takpe akak, ni pengalaman baru untuk saya. Saya enjoy dapat peluang jawab soalan tadi. So ia berakhir dengan kedamaian je. Ayie pun berlapang dada je tolak untuk sesi interview seterusnya..its oke.

Bukan lah ayie nak tunjuk alim ke bagai. Tapi bagi ayie solat dengan aurat tu benda wajib. Bukan boleh kompromi, tak boleh sambil lewa. Selagi mana mampu jaga, kita cuba jaga. Pernah dengar tak ayat ni: orang solat/tutup aurat tak semestinya baik, tapi orang yang baik mesti solat/tutup aurat. In sha Allah, ayie percaya rezeki ada di mana-mana. Ayie cuba jaga mana patut, in sha Allah Allah akan bagi rezeki lain untuk ayie. Doakan urusan ayie dipermudahkan ye..Juga untuk awak-awak semua, semoga dipermudahkan urusan dunia & akhirat..

Tuesday, November 8, 2016

Temuduga Part 4

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam, hye!

Semalam (7/11/2016) ayie ada interview di sebuah syarikat di Kamunting, untuk position kerani. Setelah 6 bulan takde dipanggil mana-mana untuk interview, semalam buat kali pertamanya ayie dipanggil, hoho Santai-santai je interview nya. Dia nak dengar banyak pasal working experience ayie. Tu je. Selebihnya ada la di tanya pasal syarikat sikit-sikit. 

Tapi yang special nya, lepas interview semua orang di beri sekeping kertas A4 dan tulis 5 sebab kenapa syarikat harus ambil awak bekerja. Glupp! Ayie tak pernah lagi attend interview yang macam ni. First experience! Jadi ayie share la sedikit point nya ye. Ayat lengkap pandai-pandai la korang goreng okey?

 1) Sanggup belajar benda baru

 2) Mampu bekerja secara berpasukan

 3) Komited dengan kerja

 4) Patuh arahan

 5) Sukakan cabaran

Kesemua di atas ayie tak tipu tau, hahah Huraian sikit-sikit tu pandai-pandai la olah ye. Segan nak share, hihi

Nak tau tak, satu-satunya kerja yang ayie pernah kerja tapi takde langsung apa-apa interview adalah kerja sekarang ni, guru tadika hihi Alhamdulillah di permudahkan. Kan bagus kalau semua kerja yang ayie mohon takde interview macam ni, hahah Doakan ayie semoga dipermudahkan untuk position ni ye, amiin..

Nampak tak tajuk temuduga part 4? Mesti ada part 1-3 kan? Meh ayie share, heheh

Tuesday, November 1, 2016

Buku Koleksi Kisah Tauladan

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam, hye!

Harini kemas-kemas sikit, terjumpa pulak buku lain. Kalau haritu jumpa buku Koleksi Puisi Jiwang, harini terjumpa pulak buku koleksi kisah tauladan. Dulu masa tahun 2007-2008 macam tu, surat khabar mingguan Malaysia ada ruangan kisah tauladan, ada koleksi kata-kata hikmah. Punya la rajin ayie simpan, gunting, tampal elok-elok dalam buku ni. Haaiii laa, awat la dulu rajin sangat wat benda-benda gitu ye, tak study ke ape ayie oii.. T__T

Tapi tu la, kalau dah minat kan. Minat + rajin. Macam sekarang minat saja tapi tak rajin, tak jadi jugak apa pun, kan..hahah 


Tuddiiaaaa..siap balut dengan kertas coklat cadbury! Gigih nya lahaaii ayie ni dulu. Dulu sekolah naik bas awam. Kat Taiping ni panggil bas merah. Balik sekolah sementara tunggu bas sempat singgah kedai uncle cina ni beli coklat cadbury. Semata-mata sebab nak kertas pembalut coklat ni nak balut buku, hahah Dulu satu 10 sen kalau tak silap. Nampak tak, tak sempat habis kan balut. Sebab coklat tu mahal pulak lepas tu, hahah Budak sekolah kan, mana nak ada simpanan yang banyak. Takat tu je la ayie balut.


Ada jugak terselit puisi dalam buku ni. Tapi ayie hias-hias sikit bagi lawa, haha Rajin betul kan. 


Ni antara koleksi kata hikmah


Dalam banyak-banyak cerita, ayie paling suka cerita ni. Ada selit percintaan, tapi banyak pengajaran. 

Agak-agak takpe ke kalau ayie share cerita-cerita ni dekat blog? Sebab tak tau nak quote siapa. Takpe eh share je cerita? Kang tak pasal kena saman.. Tapi best cerita-cerita yang ada ni..

Thursday, October 20, 2016

Cara Tackle Hati Kanak-kanak

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam, hye!

Sedar tak sedar 6 bulan dah ayie berkhidmat dengan tadika ni. Macam-macam pengalaman ada. Bukan senang ayie nak tackle hati anak-anak tadika ni masa awal-awal dulu. Sampai sekarang pun masih ada beberapa hal yang bagi ayie masih gagal ayie buat. Anak-anak dah terbiasa 4 bulan dengan cikgu sebelum ni, tetiba nak dapat pulak cikgu baru. Mesti diaorang pun ambik masa nak sesuai kan diri kan.. Antara beberapa cara yang ayie buat dan bagi ayie cara ni berjaya buat ayie tackle hati anak-anak 4 tahun di bawah jagaan ayie.

1) Pujian
    Jangan kata kanak-kanak, kita yang dewasa ni pun suka pujian kan? Masa ayie awal-awal pegang kelas ni dulu, sorang anak soleh ni memang tak mau buat kerja apa langsung. Tapi ayie dapat detect dia suka mewarna dan dia mewarna cantik. Cantik bagi tahap umur 4 tahun la. Warna tak keluar garisan. Pandai warna ikut objek. Contoh nya daun hijau, awan biru. Jadi nya ayie try puji dia. Selalu puji. Cakap dia pandai buat kerja, dia mewarna cantik. Sampai satu tahap dia dah suka buat kerja. 

Alhamdulillah. Bagi ayie ni satu kejayaan. Bukan dia sorang je ayie puji ye, setiap anak-anak yang elok perangai, rajin buat kerja semua ayie puji. Kira macam nak rangsang diaorang supaya lebih rajin dan mahu buat kerja. Lagi satu nak bagi diaorang keyakinan yang dioarang pandai buat kerja, kerja diaorang cantik. Tapi yang masalah sekarang ni, anak soleh ni pandai da menjawab. Bila ayie puji "Pandainya Muhammad buat kerja.." Tau dia balas apa? "Saya memang pandai pun!" T__T <takpe lah nak..asalkan awak mahu buat kerja, awak memang pandai sayang>

2) 10 Markah
     Anak-anak ni memang suka dapat markah banyak. Padahal tak wujud pun 10 markah tu. Maksud ayie takde tertera pun 10 markah tu dekat whiteboard ke mana ke. Sekadar ayie sebut di bibir je. Contohnya, salah sorang anak soleh atau solehah ni boleh hafaz dengan baik surah terpilih. Ayie just sebut, "10 markah untuk Nur!" Ataupun diaorang boleh jawab soalan dengan betul, ayie bagi 10 markah. Sekadar sebut saja, tu pun da boleh buat anak-anak ni jeling rakan sebelah sebagai tanda "aku dapat 10 markah weh" hahah Kelakar tengok gelagat diaorang ni

3) Carta Bintang


    Ni contoh carta bintang anak-anak 4 tahun ayie. Awal-awal dulu ayie jenuh perah otak. Apa la nak buat nak ambik hati anak-anak ni bagi seronok belajar dengan ayie. Masa Ramadhan lepas datang idea ni. Jadi nya kita pi la kedai cari bahan apa yang sesuai nak buat carta ni. Ayie beli kertas hitam tu jenis yang keras. Tak tau la nama apa kertas jenis tu. Soft-board kot. Lepas tu beli kertas warna sikit nak hias-hias. Asalnya nak letak gambar diaorang dekat setiap column tu tapi anak-anak pemalu pulak nak bergambar sorang-sorang. Jadinya letak gambar mana yang sporting tu je la..hehe 

Bintang ni diaorang dapat bila diaorang behave, dengar cakap cikgu, rajin buat kerja, baca surah dengan tertib, lebih kurang gitu laa.. Diaorang sendiri yang akan tampal bintang tu. Sebab tu diaorang sangat excited bila tiba masa nak dapat bintang. Carta ni special sikit. Bukan hari-hari anak-anak akan dapat bintang. Mungkin seminggu atau 2 minggu sekali. Sebab ayie tak nak anak-anak cepat bosan kalau selalu sangat dapat bintang. Nanti anak-anak rasa macam senang-senang nya boleh dapat bintang. Alhamdulillah cara ni pun berjaya tackle hati anak-anak ni. 

4) Markah Berkumpulan


    Sesekali ayie kena mengajar 6 tahun. 6 tahun ni lagi banyak ragam. Maklum la diaorang da 'senior', hihi Jadi cara nak bagi diaorang duduk diam atau dengar cakap ayie bahagi diaorang 2 kumpulan. Pilih sendiri nama kumpulan. Masa diaorang pilih nama ni, ayie dalam hati cakap, takde nama lain ke nak oii.. Tapi takpe lah, cikgu ikutkan saja. Kumpulan yang behave, boleh jawab soalan, cikgu tambah markah. Yang mana tak behave, tak dengar cakap potong 1 markah. Banyak jugak manfaat dari cara ni tau. 

Antaranya, selit matematik. Bila tambah atau kena tolak markah kita suruh anak-anak ni kira. Secara tak langsung dapat jugak belajar math kan. Kemudian, sifat kerjasama. Anak-anak ni akan tegur ahli kumpulan dia supaya duduk diam, atau dengar cakap cikgu supaya markah diaorang tak hilang. Anak-anak akan lebih bersemangat nak buat yang terbaik sebab boleh dapat markah banyak.

5) Video
     Zaman teknologi ni macam-macam ada kan. Antara yang ayie buat bawak laptop bukak cerita atau video pelajaran. Alhamdulillah cara ni berjaya ayie tackle hati anak-anak 4 tahun. Diaorang memang sangat excited bila ayie bawak beg laptop. Padahal belum tentu dalam beg tu ada laptop, hahah Anak-anak cakap apa, "cikgu, belajar tak seronok, tengok video seronok!" Padahal diaorang tak tau, video tu pun cikgu selit jgak pelajaran, hihih Video ni pun bukan setiap hari ayie tunjuk. Seminggu sekali atau dua kali je sebab tak nak anak-anak cepat bosan.

6) Penghargaan
    Penghargaan ni tak semestinya dalam bentuk material. Kita melayan anak-anak bercerita pun diaorang dah suka. Layan kan saja cerita diaorang pergi zoo, ayah beli kan mainan baru, opah rotan tak dengar cakap. Diaorang akan sangat appreciate bila cikgu dengar segala cerita dan 'masalah' diaorang tu. Tergambar keceriaan kat wajah diaorang tu bila dapat bercerita. Sesekali ayie reward jugak diaorang dengan material tapi tak selalu. Ayie tak nak biasakan sangat. Lagi satu, anak-anak tadika ni ramai. Rasa tak adil pulak kalau 4 tahun je dapat sesuatu.

Ni saja lah sedikit sebanyak yang ayie kongsikan. Kerja dengan tadika ni kena extra kreatif sikit. Hari-hari kalau boleh nak dedah benda baru dengan anak-anak. Sebab tu kalau sesuatu benda ayie tak buat hari-hari. Tak nak diaorang jemu. In sha Allah mana yang baik tu boleh ambik sebagai rujukan. Kalau ada cara lain share la dengan ayie tau. In sha Allah sama-sama kita berikan yang terbaik untk anak-anak =)