Wednesday, July 27, 2016

Ragam Tadika

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam, hye!

Since ayie bergelar guru tadika sebenarnya banyak jugak kisah anak-anak tadika yang boleh ayie tulis kat sini. Ragam diaorang, keletah diaorang..nanti rindu-rindu boleh baca balik. Tapi tu la..there always have time barrier. Ceeeiitt! Alasan la tuu, hihih

Pagi-pagi baru start kelas, sorang anak perempuan ni dok tak dok tetiba menangis. Punya tanya itu ini, siapa buat bagai tapi still menangis. Ayie oke kan je sebab tau kejap lagi anak ni akan oke sendiri. But she still cried until her friend told me that : "Cikguuu! Ada air bawah mejaaa" Ayie stay calm, tried to find where the water comes. But there was no any bottle accept the water. Then, I realized the water actually was her pee pee! Ohh.. (tepuk dahi) 

Baru la ayie start kelam kabut. Dengan anak-anak yang lain mula berlari-lari kegelian. Dalam otak ayie, what i should do? Nak cuci anak dulu ke, nak cuci kelas ke, anak-anak yang lain ni macam mana.. Pagi-pagi da hadap masalah ye. Oke la, ambik buku latihan bawak anak-anak lain dok luar kelas. Suruh diaorang siapkan latihan dekat luar. Kononnya bertukar angin la belajar luar kelas T__T

Then, masuk uruskan anak yang kencing tu. Sementara tu guru 6 tahun tolong bersihkan kelas ayie. Terima kasih cikgu! Anak tu masih menangis. Sambil-sambil tu pujuk dia. Mungkin dia nak kan ibu dia + malu dengan kawan-kawan sebab dia kencing dalam seluar. Actually anak ni baru belajar tak pakai pampers. Ada la dalam 3 minggu macam tu.

Pengajaran untuk harini..
Bila anak didik menangis, antara soalan yang patut cikgu tanya : Awak nak kencing ke? Silap ayie, terlepas pandang nak tanya soalan tu harini. Biasa kejap-kejap tanya jugak. Mungkin sebab awal pagi lagi, ayie tak expect anak tu nak kencing.



But its oke.. Ni la cabaran bergelar guru. Yang penting mental kena kuat. Sabar kena tinggi. Dalam masa yang sama belajar-belajar jugak jadi ibu macam mana nak handle anak. Anak-anak ayie ramai..belas-belas anak-anak kelas ayie, huhu 

Ayie rasa ayie ni macam garang dah. Tapi anak-anak tu sikit pun macam tak takut je.. T__T Lagi datang peluk-peluk ada la. Tak pe la naak. Cikgu suka. Cikgu sayang awak semua, cikgu marah bila awak nakal je. Tambah-tambah bila awak-awak start main lasak, pukul-pukul. Cikgu tak suka tau main pukul-pukul.  Sakit nanti cikgu jugak susah.. Semoga jadi anak soleh solehah ye sayang =')

Wednesday, July 20, 2016

Popcorn Homemade

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam, hye!

Ayie sebenarnya nak share lama da buat popcorn ni. Tapi banyak kali buat tak berapa jadi..=(

Selalu hangit.. Setelah beberapa kali percubaan, google mana yang patut, tambah baik cara & resepi akhirnyaaaa Alhamdulillah..menjadi jugak popcorn ayie walaupun tak la sehebat kedai punya. Berani da la nak bagi orang luar rasa sikit-sikit..huhu

2-3 bulan lepas ayie da cuba buat. Bukan la tak boleh makan langsung. Cuma 'jalan' nak buat tu tak tau cara macam mana yang betul. Cara sekarang ni pun entah betul ke tidak tapi yang pasti tak la hangit-hangit macam sebelum ni. 

Kisahnya, beli 3 pek popcorn untuk buat makan raya la konon nya. Tapi tak menjadi. Baru terusik setengah pek je. Lepas tu semalam rasa tergerak nak cuba buat popcorn elok-elok. Ayie ni jenis tak putus asa belajar kalau bab makanan. Mesti nak belajar buat sampai pandai. Kalau bab menjahit awal-awal kena marah da surrender, hahah Teringin nak bawak popcorn pergi sekolah bagi anak-anak kelas ayie makan rasa sorang sikit. Bawak pagi tadi habis sebalang, Alhamdulillah.. Jadi harini kita buat popcorn dua balang nak bawak pergi sekolah. Ramai-ramai boleh rasa sorang sikit, hihi Ayie nak share resepi tak berapa pandai, harap faham la ye..
Mai kita tengok resepi.

Bahan:
1) Bertih jagung (ayie beli di aeon dalam RM4 lebih)
2) Buttercup

Bahan karamel:
1) Gula perang
2) Gula putih (yang biasa kita guna buat air tu)
3) Buttercup
4) Pewarna (optional)

Cara buat popcorn:
1) Basuh bertih jagung dalam separuh peket
2) Panaskan buttercup dalam 2 sudu besar
3) Masukkan bertih jagung sikit-sikit. Ayie pakai periuk kecil. Jadi ayie buat sikit-sikit. Agak-agak dia leh kembang dengan elok oke la tu
4) Kacau-kacau rata dengan butter tu. Kacau la dalam 2-3 minit macam tu
5) Lepas tu tutup periuk rapat. Goncang-goncang periuk sekejap. Ni ilmu baru ayie dapat dari google. Tujuan nya mungkin tak nak bagi cepat hangus. Agak ayie je laa
6) Dalam 2-3 minit macam tu akan dengar la 'pop pop pop' dari dalam periuk. Tanda popcorn sedang meletupkan diri, haha 
7) Agak-agak dah tak dengar bunyi pop pop tu goncang sekali lagi. Lepas tu tutup api. Settle kan bertih jangung yang belum settle lagi tu. Ketepikan

*guna api slow je, takut hangus

Cara buat karamel:
1) Dalam kuali lain, tanpa minyak apa-apa tau, masukkan dalam 2 sudu gula perang. Ni pun ilmu baru. Pakai gula perang. Rasa lagi sedap dan kurang manis
2) Lepastu, masukkan 1 sudu gula biasa tu. Agak-agak je. Most nya ayie agak-agak je.
3) Dah cair gula, masukkan butter dalam 2 sudu. Gaul sebati
4) Kalau rasa nak kuning elok sikit letak la pewarna kuning sikit. Or nak warna lain pun boleh. Ayie ada jugak buat warna merah & hijau
5) Tutup api. Gaul rata popcorn dengan karamel tu. Tunggu sejuk sikit, then boleh la ngapp krup krap krup krap, hahah

Apa yang ayie notice dari kegagalan lepas, salah satu faktor nya kuali or periuk yang di guna. Mungkin agak nipis sebab tu cepat hangus. In sha Allah ayie akan cuba improve bagi terbaik lagi. Mana tau boleh buat business "Ayie's Popcorn", hahah Berangan takpe, tak guna duit pun. hihi Selamat mencuba! =)



Tuesday, July 12, 2016

Raya 2016

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam, hye!

Tak terlambat lagi ayie nak wish raya kan? Selamat Hari Raya Aidilfitri! Maaf Zahir & Batin ye. Haa macam mana raya korang tahun ni? Raya ayie? Alhamdulillah, di usia menginjak hampir 30 tahun ni, ayie masih dapat duit raya! hahah Alhamdulillah rezeki.. =)


Baju raya untuk pakai raya pertama kami adik beradik rancang pakai sama-sama. Team kebarung, hoho Baju beli online. Kain batik beli di pasar Kamunting, 3 helai RM50. Then ayah buatkan kain lipat papan. Kerongsang tu jiran bagi sorang satu. Point nya, nak pakai baju macam tu sebab ada kerongsang free tu haa, haha Kisahnya la kan.. =P

Raya tahun ni sederhana je sama macam tahun-tahun lepas. Macam biasa raya pertama balik Changkat Jering, then balik Semanggol. Raya kedua lepak-lepak je kat rumah, ada la tetamu datang. Then petang berjalan ke sebuah rumah je. Raya ketiga ffuuhhh..penat. Adik beradik mak ayah datang, kitaorang buat makan-makan sikit. Mak buat lontong. Nyum2!

Sampai hari ni, rasa tak puas lagi mengadap lemang, ketupat, rendang, nasi impit kuah kacang. Nak makan lagi.. Sesapa buat open house meh la jemput ayie =)

Tuesday, June 21, 2016

Cikgu Tak Pandai Melukis

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam, hye!

Jujurnya ayie adalah sejenis yang tak pandai melukis, haha Siapa geng ayie, sep sikit! =)

Tak pandai melukis, jadi cikgu tadika pulak tu, hihi Tapi jangan risau, mana ada cikgu yang tak nak yang terbaik untuk anak-anak didik dia. Jadi ayie berusaha la belajar melukis sikit-sikit. Bukan la ayie tak pandai melukis langsung. Setakat lukis biasa-biasa tu boleh la. Sekadar sedap mata sendiri memandang, hihih

Untuk kerja sekolah anak-anak didik ayie kena la melukis untuk diaorang faham huruf dan contoh gambar. Ayie tak pandai nak lukis direct kat buku anak-anak takut tak cantik, tak kemas, or silap. Kalau gambar yang simple sikit tu ayie berani la. Jadinya ayie lukis dulu kat kertas lain then tekap kat buku anak-anak. Macam kat bawah ni..



Haaaa.. amacam? Leceh sikit la dan agak lambat. Tapi takpe, janji ayie puas hati. Kalau korang spesis ayie jugak boleh la try buat macam ni kan. Ke korang ada cara lain? Share laa

Yang latest ni ayie jumpa kat FB diaorang lukis benda based on huruf je. Kreatif betul Sebelum ni ada jumpa yang lukis based on nombor. Yang tu ayie tak pernah cuba lagi. Yang huruf ni ayie cuba. Haaa tengok bawah ni, macam mana? Ada bakat tak ayie melukis? hihihi =




16 Ramadhan

Monday, June 13, 2016

Temuduga Guru MARA

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam, hye!

Bulan lepas buat pertama kali nya ayie dipanggil untuk official temuduga, dalam erti kata lain temuduga kerja kontrak/tetap kerajaan. Tarikh ayie temuduga 30/5/2016 (Isnin) di ILKM Jawi, Pulau Pinang. Jawatan yang dipohon guru media. Dapat tawaran 2-3 minggu sebelum tu lagi. Dalam surat tawaran cakap seawal jam 7 pagi perlu hadir untuk sesi pendaftaran. Fikir punya fikir akhirnya ayie dan parents decide nak ambik homestay stay sana awal sehari. Jarak dari Taiping ke Jawi tak la jauh mana pun. Lebih kurang sejam je rasanya. Boleh je nak keluar awal pagi tapi fikir balik, kita tak tahu apa-apa jadi kat perjalanan nanti. So pergi awal sehari. Korang kalau nak stay homestay boleh cari kat mudah.com Mesra Homestay. Harga berpatutan. Tak jauh pun nak ke ILKM tu, dalam 5 minit je.

Oke, berbalik pada sesi interview. Ayie datang 10 minit sebelum pukul 7. No. giliran ayie 48. Ada 4 stage yang perlu calon buat. Tapi pada hari kejadian hanya 3 stage yang kami buat. Untuk Ujian Psychometric dalam sesi taklimat di beritahu kena buat ujian tu dalam bulan Jun ni. Tapi setakat ni belum ada apa-apa perkhabaran. Nanti apa-apa ayie update lain ye.

Stage 1 - Fitness Test

Yang ni kena berlari atau di panggil beep test. Cari kat youtube macam mana beep test tu. Lari ikut level dan masa yang ditetapkan. Gigih la 2-3 minggu sebelum tu dok jogging bagai. Masa hari kejadian tetap tak berapa oke jugak. Mengah + penat. Hmm redha je la part ni kan.. Tips ayie, korang kalau nak berlatih better berlatih by masa. Baru tau kemampuan diri bila ikot masa tu. Macam ayie main exercise je..

Stage 2 -  Interview

Settel fitness test terus siap-siap untuk sesi interview. Tunggu punya tunggu sampai la giliran ayie. Interview by group 5 orang. Jawab la apa yang patut bila diaorang tanya. Diaorang nak tengok keyakinan dan keupayaan kita berfikir. Think out of the box.

Stage 3 - MicroTeaching

Sesi ni sekejap je. 10 minit mengajar. Lebih tu ada la soal jawab cket dengan penilai@'pelajar'. Ayie mengajar je anggap diaorang macam students ayie. Buat la apa yang patut untuk 10 minit tu. Prepare ikut subjek yang kita akan ajar nanti. Macam guru media ni masa ayie kerja dulu kena mengajar sivik. 

Setakat ni, itu je la yang ayie boleh share. Ayie nak share berjela bagai pun ayie tak tau apa yang ayie buat sepanjang interview tu berjaya atau tak. Doakan ayie ye.. Harap sedikit sebanyak tu dapat la memberi gambaran ye. Apa-apa nanti ayie update lain tau. Gambar? hmm takde masa nak fikir bergambar masa hari kejadian. Sebab nervous tu hanya Allah yang tau..

UPDATE 

Stage 4 - Indikator Perwatakan Unggul (IPU)

Harini, (25/6/2016) da boleh start jawab ujian. Nama ujian ni Indikator Perwatakan Unggul (IPU) Member bagitau cek email semalam. Pagi semalam cek email takde apa-apa lagi. Petang nak dekat bukak puasa tu cek, Alhamdulillah dapat email minta jawab Indikator Perwatakan Unggul (IPU). Jadi, sahabat-sahabat seperjuangan ayie boleh la semak email masing-masing ye. Ujian ni mula 25/6/2016 sehingga 29/6/2016. Susah tu tak susah. Cuma "ya" atau "tidak" je. Tapi tu lah.. Berpeluh jugak la nak menjawabnya, huhu Ujian ni nak tengok kecenderungan kita. Takde betul takde salah dengan jawapan tu. In Sha Allah.. Good Luck ye semua.

UPDATE (31 OKT 2016)

Apa ayie share ni setakat info yang ayie dapat dari kawan-kawan group whatsapp. Sebenarnya, keputusan temuduga lepas mungkin/sudah pun keluar minggu lepas. Sebab apa ada 'mungkin'? Sebab ada macam-macam persoalan dan adaian. Jadi, sesiapa yang dapat emel atau mesej dari MARA tu di kira berjaya. Yang tak dapat apa-apa khabar berita ni mungkin calon simpanan ataupun sudah di anggap gagal. Khabarnya, tak ramai dari batch kita yang interview lepas dapat jawatan ni. Wallahua'alam.. 

Ada juga info mengatakan tempoh sah laku interview setahun. Jadi dalam masa setahun ni (sehingga Mac-Mei 2017) sekiranya ada MARA emel atau mesej kita, tu rezeki. Tapi jangan terlalu letak harapan yang tinggi. Just pray. Ada rezeki in sha Allah..kalau takde rezeki mungkin rezeki kita di tempat lain kan? Sekadar perkongsian. Untuk lebih tepat dan jelas, boleh la call HQ MARA terus untuk dapatkan kepastian. Ayie kongsi apa yang ayie tahu je..

Untuk korang yang dapat, tahniah! Selamat melapor diri 2 Nov 2016 ni dan selamat menjalankan tugas. Ambil peluang ni sebaik mungkin. Beribu yang mohon, tak ramai yang dapat peluang ni. Kalian bertuah! Buat kita yang tak dapat ni, jangan berputus asa. Teruskan berdoa dan berusaha. In sha Allah ada rezeki kita nanti. Rezeki tak salah alamat kan? =')

****************************************************************************

Kisah disebalik interview

Masa interview by group, salah sorang dari kami lelaki berasal dari Sabah. Nama dia Andrew. He's look nice. Tapi yang pasti laki orang la, hahah Nak dijadikan cerita, kami habis semua sesi hampir sama. Tapi dia untuk subjek lain. Kebetulan masa ayie tunggu parents ambik ayie dia ada hampir dengan ayie. And sorry Andrew, I terdengar perbualan you dalam hp dengan kawan you mungkin. And I put myself in your shoes. 

Nampak dia macam dalam kesusahan je. Nak faham nama tempat kat utara ni, nak tau kat mana patut ambik teksi, nak naik bus kat mana, or nak ambik train kat mana. Ayie fikir kalau ayie kat Sabah sorang-sorang pun mesti terkapai-kapai. Jangan kata Sabah, kalau keluar dari utara ni pun ayie tak berapa tahu jalannya macam mana. Rasa terpanggil nak tolong dia. Kami tumpang kan dia sampai stesen bus Parit Buntar. Tapi tiket bus semua pukul 8 malam ke atas. Masa tu baru pukul 5 lebih camtu. Jadi kami bawak dia balik Taiping, haha Naik bus dekat Kamunting. Nasib ada tiket pukul 6:30 petang. Kami sampai dalm pukul 6 macam tu. Settle tolong orang Sabah..=)

Thursday, June 9, 2016

Official Gambar Konvokesyen UiTM ke 84

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam, hye!

Yeaaayyyy! Alhamdulillah genap sebulan konvo harini pic atas stage da sampai. Posmen datang tadi, rasa macam takde order online apa-apa pun. Nak kata surat panggil kerja pun tak pulak sebab sekarang almost online. Rupanya pic konvo.. =P




Taaarrraa! First tengok, tuuddiiaaaa! Renyeh sungguh! hahaha Oke la tu kan, nampak excited cket. Dapat 3 size. 2 gambar berbeza. Cakap dekat mak dengan ayah, esok-esok anak tengok gambar ibu depa ni renyeh sungguh! Excited sangat, haha Oke la puas hati, cun jugak kan..hihi =)

4 Ramadhan 

Wednesday, June 8, 2016

D.I.Y Veil Tunang

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam, hye!

Oppss! Bukan ayie yang bertunang ye, habaq awai-awai ni..hahah Mak sedara ayie yang bertunang. Jadi ayie dan adik offer nak buatkan veil untuk dia. Kira macam hadiah la kan.. Baju tunang warna pink belacan. Punya la payah nak cari kain warna seakan macam tu.. Kami beli dekat Nagoya je. Bagi ayie buat sendiri lagi puas hati + lebih murah dan berbaloi-baloi. Tapi tak la secantik yang dekat butik-butik tu. Tapi bagi ayie yang macam ni pun da oke. Jom cek apa bahan-bahannya.

1) Kain chiffon yang tak berapa tebal & tak nipis sangat
  (harga siyes tak ingat, sebab beli pun kain lebihan yang Nagoya da offer)

2) Lace (RM 15)
  (Ayie beli tak state berapa meter bagai. Kira kuntum bunga je)

3) Benang & jarum

Total semua sekali below RM25. Oke tak?

Oke, first sekali potong kain tu semi circle. Or nak buat bentuk 'D' pun boleh. Adik ayie buat bentuk 'D' (sorry takde pic potong bentuk 'D' tu) T_T Settle potong hantar jahit tepi pulak. Kos jahit tepi around RM2 kalau tak silap. 


Ni pic lace yang kami beli. Nak bagi seri kami pilih warna merah. Tapi bukan la merah darah ni. Kami beli 9 kuntum bunga. Nampak kan bunga tu? Yang atas kepala tu kami buat 7 kuntum. Lagi 2 kuntum kami letak di hujung kiri & kanan veil. Tengok pic bawah ni ye..


Haaa.. gini la rupa veil tu ye. Nampak tak bunga di hujung kanan tu? Haa yang tu la yang ayie maksudkan tadi. Hope korang faham la ye. Ayie nak cerita pun tak pandai sangat. Harap dapat membantu.. Tukang cerita D.I.Y veil bagai ni ntah bila pulak majlisnya ye.. Selamat berpuasa! =)

p/s: Ada cerita sedih di sebalik veil ni =(

3 Ramadhan