Thursday, March 9, 2017

Aktiviti Seni Kanak-kanak

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam, hye!

Setelah sebulan lebih tak bersiaran, harini ayie datang dengan beberapa idea untuk aktiviti seni kanak-kanak. Ayie share 3 aktiviti dulu ye. Yang lain ada buat, tapi takde gambar nak share. Di tadika ni, setiap khamis kena buat aktiviti seni. Jenuh jugak la cikgu ni nak perah otak buat aktiviti apa, heheh Ayie google je aktiviti yang ayie rasa ayie mampu nak handle dan mudah untuk anak-anak buat tanpa stress.

1) Sepohon Pokok

Bahan: Kertas A4, pensil warna, warna air


Untuk aktiviti ni, cikgu lukis la batang pokok dekat kertas A4. Kemudian minta anak-anak warna kan batang pokok tu warna coklat. Sambil-sambil tu cikgu boleh la bancuh warna air warna hijau. Aktiviti ni boleh perkenalkan anak-anak dengan warna. Boleh kenal kan objek sekian-sekian warna apa. Contoh, daun hijau..batang coklat.

Settle anak-anak warna, boleh la mula buat daun-daun tu. Pakai jari je. Anak-anak cop warna air dengan jari, kemudian boleh la cop dekat kertas warna ikut kreativiti masing-masing.

2) Ikan dalam akuarium

Bahan: Kertas lukisan, pensil warna, warna air


Untuk aktiviti ni cikgu sediakan lukisan sebuah akuarium tanpa ikan. Cuma ada rumpai laut dengan batu-batu je. Mintak anak-anak warnakan. Sama jugak macam tadi, boleh perkenal kan warna objek dekat anak-anak. Contoh air warna biru, rumpai laut warna hijau, batu-batu warna coklat.

Settle warna, minta anak beri tangan kiri diaorang. Kemudian, cikgu letak la warna air dekat tangan kiri anak-anak. Yang ni ayie bagi pilihan kat anak-anak nak ikan warna merah / oren. Saja nak bagi diaorang excited dengan ikan masing-masing. Kemudian cop la tangan tu dekat akuarium yang dah di warna tadi. Jadi la seekor ikan.

3) Bulu Kambing Biri-biri

Bahan: Kertas lukisan, pensil warna, kapas, gam


Yang ni pun sama, sediakan kertas lukisan. Yang ni ayie rajin sikit. Ayie buat sendiri lukisan ni dekat word, hehe Senang je rupanya, cuma take time sikit la nak ngadap benda ni. Kambing biri-biri dengan matahari je ayie download, yang lain create sendiri. Lepastu pandai-pandai la susun ikut nak macam mana.


Kalau korang rasa nak buat jugak, ni ayie share kan. Korang download la ye. Semoga bermanfaat..

Settle anak-anak mewarna, cikgu letak la gam dekat kambing. Kemudian bagi anak-anak kapas suruh diaorang carik sendiri kapas tampal dekat kambing masing-masing. Jadi la seekor kambing biri-biri, hehe

Tips: Ayie suka nak anak-anak warna ikut objek yang betul. Jadi untuk elak diaorang warna 'bukan-bukan' kejadiannya nanti, ayie mintak diaorang keluarkan warna yang perlu je. Contoh nak warna akuarium. Mintak keluarkan warna biru, hijau, coklat je. Sebelum tu cikgu bagi tau la kena warna sekian-sekian bagai. Kalau ayie rajin ayie akan warna satu gambar sebagai contoh untuk diaorang. Kalau tak ayie explain je. Semoga bermanfaat ye.

No comments:

Post a Comment