Tuesday, August 2, 2016

Aktiviti Tadika

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam, hye!

Ayie just nak share beberapa aktiviti di tadika ayie. Saja buat kenangan & rujukan ayie di masa depan. Ayie rangkum dalam satu entri je la ye, huhu

29/7/2016
Tadika ayie buat sambutan raya. Sehari sebelum tu dok pesan la dengan anak-anak 4 tahun ayie. Esok jangan lupa pakai baju raya. Seharian tu la dok ulang ingat kan diaorang pakai baju raya. Bukan apa, takut kalau diaorang tak pakai diaorang akan menangis tengok anak-anak lain pakai. Dah tak nak datang sekolah kang..Alhamdulillah semua pakai. Semua pakat excited cerita warna baju raya yang diaorang akan pakai esok nya =D


Ni anak-anak 4 tahun ayie. Tak ramai pulak yang datang haritu. 12 orang je. Sorang lagi takde dalam gambar sebab tengah buat perangai kan, hoho Dan diaorang banyak yang moody pulak masa hari kejadian. Tengok tu pakat monyok belaka. Tak tau la pasaipa anak-anak ni moody pulak hari kejadian tu.. T__T 


Juadah makanan! Wwaaaaaa excited ayie tau tengok makanan tu. Rasa nak repeat hari kejadian, hahah Banyak sungguh makanan. Sporting betul parents diaorang tau. Kek saja dekat 10 biji! Kuih raya pun banyak. Macam-macam ada. Semua sedap-sedap. Cikgu Atiqah ni bawak apa? bawak PopCorn Homemade! heheh Yang penting anak-anak happy makan. Memang betul-betul anak-anak makan sampai muntah =')

30/7/2016
Esok tu pulak ada Ihtifal. Kira macam pertandingan antara tadika la. Macam-macam aktiviti ada. Nasyid, bercerita, hafazan, sajak, pidato, kalam jamai'e, azan. Alhamdulillah, tadika ayie menang banyak jugak. Sajak no 3, nasyid no 3, hafazan no 1, bercerita no 1, kalam jamai'e menang tanpa bertanding sebab tadika ayie je masuk, hihi Yang mana menang no 1 akan bertanding peringkat negeri pulak di Seri Iskandar in sha Allah hujung Ogos ni. Doakan tau..


Sebelum bertanding bergambar dulu dengan piala menang keseluruhan tahun lepas. Tahun ni tak menang keseluruhan. Takpe laa, nama pun piala pusingan kan..huhu

Haaa meh nak promote sikit. Penganjur buat Ihtifal ni di tempat best tau. Pusat Eko Pelajaran Kuala Sepetang. Tempat ni tempat rekreasi. Best tau jalan-jalan or buat aktiviti di sini. Tenang + sejuk je. Korang kalau nak rasa tempat nyaman jauh dari sesak bandar mai la lepak-lepak sini. Landmark nak mai sini, tak jauh da dengan Mee Udang Mak Jah yang famous tu. Sebelum sampai Mee Udang Mak Jah tu, Pusat Eko Pelajaran Kuala Sepetang ni di sebelah kanan. Jalan depan sikit, Mee Udang Mak Jah sebelah kiri. Haaa gitu la serba sedikit gambaran nya ye. Ohhyaa, kalau rajin lajak la ke depan sikit terus ke laut. Ada macam-macam aktiviti. Nanti ayie update tau, in sha Allah.. 



28 Syawal

No comments:

Post a Comment