Wednesday, June 8, 2016

D.I.Y Sampul Duit Raya 2016

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam, hye!

Seperti raya tahun-tahun sebelum ni memang ayie buat sendiri sampul duit raya. Bukan ayie yang bagi duit raya pun. Mak ayah yang bagi, hihi Ayie tak mampu lagi.. In Sha Allah one day later. Tahun 2014 punya sampul ayie ada update kat blog ni dulu. Kalau nak tengok or belajar buat boleh klik sini dan sini ye. Tahun 2015 ayie tak buat dan tak update pun sebab ayie di perantauan masa tu. 

Untuk tahun 2016 ni, theme Hello Kitty! hahaha Tak pasai nak ber'theme' bagai pulak ye. Kebetulan je sebab jumpa kertas pembalut hadiah yang tu cantik & comel dekat kedai RM2.12. Beli dua pek terus, means beli sepasang. Dapat 8 keping. Sekeping dapat around 14-16 camtu. Depends pada size. Anak-anak buah mak ayah ramai. Tu pasal beli sepasang pembalut hadiah, nak bagi sama. Kang bergaduh pulak diaorang asal aku dengan kau punya tak sama, hahah 



Tarrraaaa! Nasib la anak-anak buah lelaki dapat Hello Kitty + pink gittuu, hahah Nampak tak ada warna pink, soft pink, biru & kuning. Ayie beli 2 pek corak sama macam tu. Ayie baru siap separuh. Gigih ayie buat awal kan. Baru beberapa hari puasa. Sebabnya sekarang kan tengah cuti sekolah. Ayie free2 ni baik buat siap-siap. Kang sekolah da mula takut kalau busy pulak. Hujung Ramadhan nanti mesti busy kemas rumah pulak. Tu pasal buat awal..

Lupa nak wish.. Selamat Berpuasa! Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan diberkati Allah S.W.T. Bagi yang bujang dan single seperti ayie semoga ini Ramadhan terakhir kita bergelar bujang. Tahun depan ada rezeki sambut Ramadhan dengan husband/wife + baby. Amiin.. =)

2 comments:

  1. Wah... Best juga idea nih.. Boleh buat juga nih.. Jimat pun jimat kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jimat sis! Bertahun da sy buat. Cuba la =)

      Delete