Wednesday, May 4, 2016

Update Status Terkini

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam, hye!

Alahaaiii.. Pasaipa Ayie Atiqah ni pemalas beno nak update blog! Punca? Sebab malas nak bukak laptop. Alasan? Update kt hp tak puas (Alaah! Kalau dah malas tu 1001 alasan boleh bagi, lol). Kata nak aktif blog balik konon.. -__-

Update terkini? Ayie da tamat kerja guru sambilan media di MRSM pada 13 April 2016 lepas. Jadinya sekarang ayie buat apa? Alhamdulillah.. Nak di jadikan rezeki, sebelum tamat kerja haritu lagi da ada orang offer kerja tadika (oohhh.. Mengajar tadika balik) Makanya, 4 hari ayie relaks2 dulu, 18 April 2016 ayie lapor diri ke tadika tersebut. Adakah tadika yang sama? Ohh no2! Tadika yang ni tadika Islamik. Dalam taman ayie je. 5 minit da sampai..

Apa yang best dekat sini makan cikgu ditanggung percuma, sedap pulak tu! hahah Eh! tak tak tak.. Yang best kat sini, anak2 seawal 4 tahun da di biasakan menghafal surah. Kelas first yang ayie masuk kelas 5 tahun. What so impressed me? Diaorang da hafal dari surah An-Nas hingga surah Al-Qaria'ah, surah Al-Mulk ayat 1-13, Ayat Kursi, Ayat Seribu Dinar, pelbagai doa harian.. Terkedu ayie seketika. Sempat juga berdoa semoga kelak dikurniakan cahaya mata terang hati seperti mereka (tak salahkan? hihi)

So far, oke la. Ayie enjoy.. Kerja dari pukul 7:15 - 12 tengahari. Yang penting tak kena masak macam dulu, hanya fikir tentang pelajaran anak murid je. Alhamdulillah..

"Semoga Nur Atiqah di permudahkan mendapat pekerjaan tetap sesuai dengan kelayakan di pohon dengan kadar segera, amiin.."

No comments:

Post a Comment