Monday, March 30, 2015

Birthday Surprise Lagi !

بسم الله الرحمن الرحيم


Haa.. Sekali lagi kita buat surprise befday ye. Yang penting menjadi!hahah Kali ni plan A bertukar kepada plan B last minit. Plan asal nak buat sama macam tahun lepas. Nak tempah kek ikot citarasa sendiri, cuma nk tukar jenis kek, nak black forest cake. Then, satu harini ayie tanya sendiri tuan punya befday. Antara kek2 yang ayie pernah surprise dia suka kek yang mana. Kek tahun sebelum tu (2013) ayie kasi kek coklat. Tuan punya befday cakap, "Ntah la.. tak tau kenapa, selepas di perkenalkan pada kek secret recipe rasa nak kek tu je.." (demand kau,haha) So, paham da la sekarang. Dia suka kek secret recipe. Dan ayie tau dia suka kek yang mana.

Maka plan bertukar. Nasib dia tak tau ayie tanya tu bersebab, haha Ayie pergi secret recipe dan beli kek chocolate indulgence. Ya, itu kesukaan dia! Kesukaan ayie juga. Nak beli sebijik  macam over sangat. Ayie beli 4 slices. Chocolate indulgence 2, chocolate fudge 1, dan black forest 1. Ayie rasa cket je. Selebihnya bagi tuan punya befday la kan.. Teruja dia tau! Terkejut. Tempat makan pulak memang da bagitau awal, kita celebrate di Shala Pizza. Tuan punya befday request nak makan chicken chop. Layan kan je la.. hihi

Hadiah pulak? Tuan befday sangat la nak helikopter control tu. Dari befday dia 2013 da request. Tapi ayie tak tau model mana yang dia berkenan.. Tak jadi la surprise kan dia helikopter tu. Tapi ada satu lagi kehendak dia. Nak bela ikan macam ayie tapi dalam akuarium besar cket. So then, kita surprise kan la dia kan. Malam tu dia kerja malam. Ayie datang tempat kerja dia naik motor bawak akuarium tu tau. Berkocak2 air. Basah jeans ayie.. Tapi takpe, nak surprise punya pasal. Daaannn.. dia terkejut & teruja!yeeaayyy menjadi.. Alhamdulillah..semua berjalan lancar,hehe 

Semoga di permudahkan urusan dunia & akhirat! =)

1 comment:

  1. Wah,pandai buat suprise..demi dia,tak kisah seluar basah.

    ReplyDelete