Sunday, November 30, 2014

Kisah Telur Ayam

بسم الله الرحمن الرحيم

Setelah hampir seminggu ayie senyap sibuk dengan assignments dan tests, harini ayie nak share 1 cerita tentang telur ayam. Kejadian ni betul2 ayie sendiri yang hadapi situasi tersebut. Ceritanya begini..

Kelmarin ayie pergi kedai belakang rumah ni nak beli telur. Masa ayie sampai kedai, seorang ibu dan anak remaja (perempuan) dia kebetulan sama2 sampai dengan ayie. Dari pengamatan ayie diaorang ni macam datang dari keluarga yang sederhana susah. Dari segi pakaian, cara diaorang camtu la. Tapi ni cuma pengamatan ayie la. Ayie terdengar la perbualan diaorang ni.. 
Ibu: Uishhh..mahalnya telur.. (Sebijik 45sen,bg ayie pun memang mahal la) 
Si ibu cakap dekat anak dia: Hang ambik la takat mana hang nak makan..
Anak: Untuk adik macam mana mak?
Ibu: Takpa, adik hang ada telur ayam kampung kat rumah. Satgi dia makan tu ja.
(Terkedu ayie. Ayie rasa ayie ni susah da, maklum lah student life. Rupanya ada orang lagi susah dari ayie)
Anak: Kita ambik lebih cket la mak, kat kedai ni murah. Kedai satu lagi mahal. 
Ibu: Tak payah la,hang ambik takat mana hang nak makan dah la..
Anak: Takpa mak, ambik lebih cket. Kedai ni murah cket.
Ibu: Yelah²..

Kalau tak silap ayie diaorang ambik dalam 5 biji. Allah.. Insaf jap T_T ... Kita rasa kita susah da, rupanya ada orang lagi susah dari kita. Bersyukur lah dengan nikmat apa yang kita ada sekarang ni..

Sumber: Google

Sunday, November 23, 2014

Cara Student Makan Untuk Jimat

بسم الله الرحمن الرحيم

(Entry ni bukanlah bertujuan untuk menunjuk dan sebagainya, hanya peringatan untuk diri sendiri bahawa pernah mengharungi detik² getir ni)



Yeah, student life sangat mencabar. Bukan senang nak face kalau tanpa kesabaran yang tinggi. Tapi ni la pengalaman yang mematangkan diri. Alhamdulillah, bersyukur masih diberikan nikmat kehidupan yang jauh lebih besar. 

Okey, menu tengahari ni. Masak nasi, stok sayur ade lagi beli haritu kat pasar malam, 3 pinggan sayur campur RM5. Dapat masak 3 kali. Haa.. Jimat da tu,huhu Buat sup sayur, tahan sampai malam. Lepastu beli sekor ikan goreng, kuah masak merah & sambal belacan (ambik lebih cket,leh makan malam nanti,tambah selera..huhu) = RM 1.50.

Jimat? Nak lagi jimat, dapat ikan kembung yang segar² 1kg RM4. Lagi puas makan. Tapi memandangkan sibuk, tak rajin pulak nak siang ikan,hehe Kadang nasi dengan telur goreng pun sodaap! Hehehe Ayie bersyukur sangat dok Kedah ni makanan masih di kira murah kalau dibandingkan dengan KL bagai. Alhamdulillah..

Apa yang nak ditekankan di sini:
#Kalau kita rasa susah, percayalah..ada orang lagi susah dari kita
#Masa duit tengah ada, TOLONG la BERJIMAT. Sebab ke depan kita tak tahu duit kita cukup tak untuk survive? Atau tetiba ada emergency, nak cekau duit mana?
#Beli ikut keperluan,bukan ikut kehendak. Kau try la buat time kau tengah terdesak, confirm kau menyesal
#Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan
#Walau susah macam mana pun, jangan lokek nak sedekah walau sekupang pun. Percayalah, walaupun cket kita tolong orang, ganjarannya besar disisi Allah. Ikhlas kerana Allah. 

-Nikmat bahagia & ketenangan itu indah-

Saturday, November 22, 2014

Semeling, Kedah Street Art

بسم الله الرحمن الرحيم

Jangan tak tau ye, dekat Semeling, Kedah ni pun da ada tau street art macam dekat Laman Seni Seksyen 7, Shah Alam. Baru lagi dalam seminggu lepas. Best! Banyak jugak lukisan dia. Masa ayie pergi semalam ada lagi diaorang tengah dok lukis. Tapi tempat ni quite kotor cket la. Yela, buat dekat belakang bangunan kedai2 lama kn. Ada anjing bagai dok menyalak. Takut jugak, huhu Tapi memang ramai la orang. Jadinya tak la takut kan,huhu Meh layan gambar. 




Again, style angkat kaki jugak di buatnya -_-








Mai1 mai! Siapa yang datang Kedah tu mai la singgah Semeling ni ye =)

Friday, November 21, 2014

Kena Tindih

بسم الله الرحمن الرحيم

Kena tindih? Kena tindih dengan apa? Ayie bukan nak cerita yang horror bagai tapi ayie tak tahu apa sebab dan punca. Kisahnya begini, ayie boleh dikatakan agak kerap kena tindih since zaman sekolah sampai la sekarang. Tapi ayie tak berapa pasti la adakah memang sungguh di tindih 'makhluk' atau situasi ni hanyalah satu keadaan di mana kita berada di antara sedar dan tak sedar. Istilah saintifiknya di sebut 'sleep paralysis' atau lumpuh dalam tidur. Kedaan di mana kita tak boleh bergerak sementara untuk beberapa waktu. 

Dekat rumah sewa ni actually memang masa mula2 dok dulu kerap jugak. Tapi da mula berkurang setahun yang lepas. Since masuk semester ni, means dari bulan 9 haritu makin kerap pulak kena tindih lagi. Ayie dari zaman sekolah lagi kena tindih ni masa nak tidur. Elok baru nak lelap mata, aishh..berat da ni. Kena tindih! Betul ke kena tindih 'makhluk' tu wallahua'lam.. Cop! Sebelum tu, sebenarnya masa kena tindih awal2 masuk rumah sewa ni ayie memang nampak kelibat bagai tu. Means lepas kena tindih tu ayie memang nampak something kadang besar kadang kecik. Yang kecik tu selalu keluar ikut tingkap bilik. Yang besar tu hilang macam tu je. Betul ke tu 'makhluk'? Atau ayie je yang berada separa sedara?

Terbaru, 2 3 minggu lepas kena lagi. Tapi yang ni ayie tak tau kenapa, terasa ditindih2 sampai mulut ayie rasa macam kena k___s. Sekali lagi, wallahu'alam sungguh ke 'makhluk' atau ayie yang separa sedar. Puas di baca ayat2 alquran bagai. Cuba meronta lagi tu. Payah nak lepas. Dalam beberapa ketika, dia hilang jugak. Alhamdulillah.. Pagi tu memang sakit2 la badan, terutamanya bahu kanan.

Yang paling baru, 2 hari lepas. Yang ni pun kena teruk jugak. Ayie boleh rasa ditindih dengan benda berat. Memang puas melawan, meronta bagai. Baca ayat2 bagai pun tak jalan jugak. Tapi at the end, memang terlepas jugak. Tapi berpeluh jugak la lawan nak lepas tu kan. Apa sebenarnya ya..

Ayie ni sampai ambik keputusan taknak tidur petang. Sebab nanti tidur petang malam kang payah nak lelap. Bila payah nak lelap lagi senang nak kena. Baik ayie biar badan betul2 letih supaya malam ayie dapat lelap cepat. Ermm ada apa2 pandangan tak? Apa sebenarnya yang ayie kena ni.. Kawan2 lain tak pulak kena. Ohya, kadang tu ada jugak satu dua lebam kat peha ayie. Sebab apa tak tahu la, mungkin ada terlanggar bucu apa2 ke tanpa sedar. Wallahu'alam..

-Sekadar Perkongsian-

Wednesday, November 19, 2014

Wordless Wednesday #22 - Ragam Kasut




Orang lain sakit kaki kalau pakai kasut bertumit, ayie pulak sakit kaki pakai kasut takde tumit, muahaha Tapi ayie tak la pakai heel, just bertumit cket je, ada la dalam seinci dua, huhu

Kasut bertumit boleh tingkatkan keyakinan diri =)


Tuesday, November 18, 2014

Blog Punya Pasal

بسم الله الرحمن الرحيم


Yeaaah! Blog punya pasal, tak kenal pun orang sanggup tolong seikhlas mungkin. Ayie sedang dalam process build digital library website untuk satu assignments ni la. Then cari punya cari tutorial jumpa la blog yang ajar cara guna greenstone (software yang ayie guna). Tapi untuk lebih kefahaman ayie mesej dia untuk tanya lebih details. Alhamdulillah, ada respon yang baik dari sisi ni.

Terima kasih sis Athirah Espada. Tak lokek ilmu, walaupun kita tak pernah kenal dan jumpa pun. Tapi willing je sharing ilmu. Ayie hargai sangat. Semoga kehidupan sis success dunia dan akhirat ye. Nanti2 ayie tanya lagi, muahahah =)

Saturday, November 15, 2014

Blog Mak-Mak

بسم الله الرحمن الرحيم

Ayie tersaaaaaanggatt la suka kanak-kanak. Macam mana peminat kucing gila dengan kucing, macam tu la ayie geraaammm dengan budak-budak ni. Tambah2 yang bawah 2 tahun. Alahaii..so cute! Tambah2 pulak baby yang bawah setahun yang debab2 tu aisshh rasa nak gomoi2 je. Nasib baby orang, muahahah Tapi2, ayie tak berani la pegang baby yang baru lahir tu. Sebab dia lembik2 lagi. Seriau.. (macam mana nak ada anak sendiri ni, haha) Oleh sebab ayie suka budak2 ni, tak terkecuali lah ayie selalu terjah blog mak2 yang ada. Yang takde dalam list blog pun ayie terjah. Ayie suka baca pengalaman orang bersalin la, breasfeeding la, mak2 gituu..muahaha Antara blog mak2 yang rajin jugak ayie terjah:


Ofcoz la blog Intan Berlian/Kak Ina. Yang ni ayie dok baca hari2 dari belum jadi blogger lagi. Suka baca bab anak2 kak ina yang macam2 fe'el ni. Cute2 je. Tambah2 kak ina ni suka masak. Macam2 resepi ada. Kak ina ada 3 orang puteri A yang solehah belaka. Alisha, Aqilah & Afrina. Nanti acik ayie datang jumpa adik2 lagi ye sebelum acik ayie habis belajar hujung tahun ni, In Sha Allah.. (waahh sedar diri gitu bahasakan diri acik.. T_T)


Yang ni blog Sis Mimie. Ayie start follow blog ni masa join segmen apa ntah. Start dari tu la dok terjah jugak baca pengalaman sis mimie ni pregnant bagai, sampai la dapat baby comel tu Zahra Khadijah. Gerammnya! =)


Ni mesti ramai kenal kan. Irine Nadia. Yang ni pun ayie baca dari belum jadi blogger lagi. Tapi sekarang irine macam da slow cket berblog. Sebelum ni berbulan jugak irine tutup blog dia sekejap. Anak dia comel betul kan, Fiska Medina.


Yang ni pulak baru lagi ayie dok terjah2. Ada la dalam 2 3 minggu macam tu. Blog Namee Roslan. Sis namee ni model kan? Ayie pun baru je lagi dok baca blog dia. Baby Adam dia pun cute. Sekarang tengah pregnant baby kedua. Semoga selamat semuanya ye.

Bestnye ada baby kan. Hari2 boleh gomoi2 diaorang. Geramnya lahai..Dulu Anis Maisarah tu kecik2 pun memang dok gomoi dia je. Sampai kena lepuk la sebab dia rimas, haha Sekarang besar da. Nak masuk 5 tahun da. Cepat je masa berlalu. Semoga jadi anak yang solehah ye sayang =)



Friday, November 14, 2014

Personaliti Berdasar Warna dan Kerjaya

بسم الله الرحمن الرحيم

Personaliti sangat kan,muahaha Actually harini ada progam kenali diri. Ayie join, siap bagi nama lagi minggu lepas. Sebab utama? Ada sijil + makanan disediakan,hahah Tak2..Tajuk dia menarik. Nak jugak tau personaliti ayie macam mana. Program ni more towards kerjaya. Mula sekali buat ujian warna. Tau ayie dapat warna apa? Warna biru! huwwaaaa..Ayie siap mengadu dekat penceramah tu. "Saya tak suka biru, kenapa saya dapat biru". Penceramah tu cakap apa, "Adik, warna biru tu bukan melambangkan minat warna awak, atau awak kena suka warna tu, tapi tu warna personaliti awak" Ouwwhh..oke, faham! Meh ayie cerita ciri2 warna biru tu macam mana?

-Penyayang
-Berjiwa lembut
-Romantik
-Harmoni
-Senang berkerjasama
-Macam mak-mak
-Berseni
-Mudah kesiankan orang
-Mudah menangis
-Setia

Tang mana la agaknya sama ye, haha Oke, buat ujian kerjaya pulak. Jawab punya jawab, ayie tergolong dalam golongan kerjaya sosial. Ciri2 nya adalah:

- Suka berhubung dengan orang
-Minat tolong & ubati orang
-Suka buat kebajikan
-Mahir berkomunikasi
Contoh kerja yang sesuai: Guru, kaunselor, pegawai perhubungan awam

Haa..ada la kot sedikit sebanyak dengan minat ayie. Lepastu sesi nangis2,huhu ayie? ada la bergenang cket air mata. Malu! hehe Kena tulis surat kat mak ayah tapi simpan buat tatapan sendiri. Ayie tulis dalam jawi. Motif? Kalau orang terbaca pun tergeliat diaorang nak paham sebab tulisan jawi ayie buruk, muahahah

Sebelum start ujian2 tu, kita kena pergi jumpa member2 mintak diaorang tulis pasal diri kita. Sorang satu je. Nak tau apa ayie dapat hasil dari diaorang tulis tu?

Nice. Setia. Cool. Mesra. Rajin. Matured. Peramah. Happy go lucky. Comel. Suka senyum. Baik hati. Suka menolong. 

Kuikuikui. Blessing jap. Betulkah apa yang mereka tulis tu? Malu cek..=P
Lepas sesi nangis2 tu, kita buat goal kita dalam bentuk timeline. Nak tengok timeline ayie?


Nampak tak? Macam budak2 je, hihihi Tu hanya perancangan. Semuanya tetap dengan izin Allah. Dan kami diminta list dan jerit sekuat hati matlamat kami pada hari ni untuk masa depan. Ayie ada 3 matlamat utama yang nak dicapai sebolehnya dalam masa tedekat ni. Means dalam masa 2-3 tahun ke depan. In Sha Allah. Matlamat ayie 3K= KERJA, KERETA, KAHWIN. Yess! Bila kita ada matlamat, In Sha Allah apa yang kita buat pun mesti ingat balik matlamat tu sebab nak capai matlamat kita tu. Kita kena berusaha sebaik mungkin. Selebihnya tawakal dan berdoalah pada Allah.

Rugi siapa tak datang tau. Best sangat! Penceramah tu baik sangat. Mesra. Bukan penceramah pun, takde bagi ceramah berjela pun. Just dia share2, cerita apa harus kita buat, macam mana dengan goal kita. Tak bosan pun. Sekarang ayie nak fokus 3K tu. Ayie nak bahagiakan mak ayah ayie. In Sha Allah =)

KERJA. KERETA. KAHWIN

Tuesday, November 11, 2014

D'Resort Steamboat & Grill Sungai Petani

بسم الله الرحمن الرحيم

Yeaayy! Ada steamboat yang best kat Sungai Petani ni. Baru je bukak dalam sebulan macam tu. D'Resort Steamboat & Grill. Kedai nya dekat dengan jalan nak ke Cinta Sayang Resort. Takde la jauh pun dengan rumah ayie, huhu Harga dia? Sangat berbaloi dengan service dan makanan yang disediakan. RM13! Murah kan. Ayie da 2 kali pergi, haha Siap promote kat member2 lain lagi.


D'Resort Steamboat & Grill ni bukak hari2 kecuali hari Selasa kalau tak silap ayie. Ruang makan dia pun selesa tau.


Biasa ayie makan dekat Perlis tu pakai tempat steamboat yang guna arang tu. Tapi kedai ni lain, guna macam dalam gambar kat atas ni. Pakai eletrik la. Oh ya. Kuah tu boleh pilih ye nak sup atau tomyam. Ayie pilih tomyam. Nyum2! Terliur da..


Haa..Yang ni pun special. Rojak buah. Termasuk dalam RM13 tu sekali ye. Makan la rojak banyak mana pun. Ayie siap bertambah lagi. Seeedaapp sangat kuah rojak tu. Kalau korang bernasib baik, pengat pisang pun ada. Sedap member ayie cakap. Member ayie yang suggestkan kedai steamboat ni pernah rasa pengat pisang tu. Setakat ni ayie tak dapat rasa lagi la.


Ni kali kedua ayie datang. Kami makan 7 orang. Air harga lain tau. Di sebabkan kami agak ramai, kami ambik air 2 jug. Sejug RM5. Yang bestnya, tuan kedai tu tambah lagi sejug air sirap limau. Free! Haha..terima kasih pakcik! =P


Nampak tak, gambar tadi cerah. Gambar ni da gelap. Dari petang sampai ke malam kami dok makan, haha Lama betul. Mana taknya, elok cadang nak balik, sorang pergi tambah lagi. Cadang lagi nak balik, sorang lagi pulak pergi bertambah. Bila nak balik nya. Hahah


Macam2 choice makanan ada. Pandai2 la korang pelbagaikan ye.


Dessert pun ada tau. Aiskrim. Tapi yang ni harga lain. Satu scoop RM1

Haa! Apa lagi, bagi peminat steamboat tu mai la singgah D'Resort Steamboat & Grill di Sungai Petani. Mai try steamboat yang ni pulak. Lupa cakap, yang grill tu ada daging dengan ayam tau. Ayie suka yang ayam. Sedap! Rasa manis2 pedas. Nyum2! Satu lagi, kat kedai ni ada macam2 sos korang boleh pilih. Satu sos tu memang owner ni yang buat sendiri. Boleh tahan rasa dia. Selamat Menjamu Selera! =)

p/s: Gambar2 semua adalah untuk tujuan promote je. Maafkan ayie kalau buat orang terliur.

Friday, November 7, 2014

Laman Seni Seksyen 7, Shah Alam

بسم الله الرحمن الرحيم

Sangat teruja! Da lama teringin nak pergi tempat ni. Dok tengok dalam paper je. Akhirnya dapat pergi tanpa dirancang. Memang sangat kebetulan! Ayie ada cakap kan ayie ada visit library minggu lepas. Kami tidur di Tree Boutique Hotel. Rupanya belakang bangunan ni la yang orang dok lukis2 tu. Sangat cantik & kreatif! Teruja betul. Tak sangka dapat pergi. Apa lagi, bergambar la sepuasnya, haha Kami dok bergambar ni seawal 8 pagi. Memang takde orang lagi la kan. Kami je. So puas la bergambar tanpa halangan, muahaha Jom layan gambar Laman Seni Seksyen 7, Shah Alam =)


Yang ni unik. Bila tengok live tak perasan ada shadow rupanya. Cantik!


Eh! Sama la! haha 


Yang ni walaupun simple tapi sangat cantik okey


Kekejaman terhadap haiwan, hmm







Tak tau la apa fesyen bergambar kali ni, dok angkat kaki sebelah je, aishh









Gatalnya dia! muahaha




Haa..amacam? Cantik2 kan. Pasti korang tak rugi datang sini. Tapi datang la awal2 pagi. Tak ramai orang & tak panas. Ayie dok google tengok gambar ramai betul yang datang dalam waktu tengahari ke petang. Agak sesak. Mesti tak berapa best nak bergambar..huhu Kreatif la diaorang ni. Sangaaaaattt3 cantik! Semua cantik2! =)

Tuesday, November 4, 2014

Hasil Appointment Doktor #2

بسم الله الرحمن الرحيم

(Ayie sangat2 busy minggu ni, ayie update seringkas & sepadat mungkin ye)

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur! Tu je ungkapan yang ayie leh gambarkan. Alhamdulillah ayie takde apa2 sakit bahaya or ketumbuhan seperti yang doc explain sebelum ni. Ayie cuma hidap sakit "Costochondritis" seperti yang ayie pernah cerita sebelum ni. Sakit ni tak bahaya ye, normal. Orang lain pun leh kena sakit ni. Cuma sakit dengan tak sakit sangat je. Atau kekerapan dia menyerang. Alhamdulillah sekarang da kurang da sakit TAPI nanti sakit ni boleh datang lagi. Bila2 dia suka dia datang la, muahahaha

Call mak bagitau pun mak cakap Alhamdulillah takde apa2 sakit serious (berkat doa mak sama kot). Doakan ayie terus diberi kesihatan yang baik ye. Korang pun jaga tau kesihatan baik2. Pemakanan tu penting untuk di ambil berat ye. Sama2 doakan yang terbaik untuk kita ye.. Nak tau cerita ayie sakit ni boleh klik sini & sini

Sunday, November 2, 2014

Cerita Di One Utama Shopping Centre

بسم الله الرحمن الرحيم

Hye uolls! Haha speaking la pulak kan. Almaklumlah baru balik dari shah alam..haha Lama ayie tak update blog kan. Actually ayie ada library visit ke UPSI Tanjung Malim & PPAS, Selangor. Lain masa ayie cerita tau. Best sangat! Kali ni nak cerita dulu kisah di One Utama. Siapa pernah pergi? Ayie first time pergi One Utama ni. Besar! tu first impressions ayie tentang OU ni. Memang penat berjalan dalam tu. Boleh kurus kalau dok window shopping dalam tu, muahahah

Kami ni pergi naik bus UiTM. Lecturer yang bawak. Baik lecturer ni, encik Azam. Dia yang bawak kami pergi jalan2 ni. Tak request pun nak pergi mana ke bagai. Tau2 je dia da set tempat da kat kami nak bawak pergi berjalan. Di sebabkan besar sangat, kami tak jumpa surau dekat mana. Tanya security bangla, dia tak tau 'surau' tu apa,haha Tanya pulak makcik cleaner, pun tak tau. Katanya baru lagi kerja kat situ. Last2 pergi tanya dekat Customer Service Center.

Dengan bangganya ayie p tanya "Sir, where is the prayer room?" (Slumber je p tanya dalam english, sebab tadi sebut surau orang tak tau, tu la tanya dalam english) Sekali dia reply, "Prayer room? Oke, this is ground floor, you go to another 2nd floor, bla bla bla.." Haha padan muka! Sekali di balasnya dalam english yang laju + pantas + lancar dan seangkatan dengannya lah. Padan muka cek. Gatai mulut p tanya dalam english, nasib dapat tangkap, haha 

Tu cerita pertama. Cerita kedua, memang banyak choice nak pilih kedai makan. Nak apa semua ada. Masalahnya tak berapa yakin. Last2, untuk lebih yakin ayie dengan member pilih untuk makan fast food je. Sah2 la yakin. Kami cari KFC tak jumpa. Sekali lagi p tanya Customer Service Center. Kali ni member yang tanya. Hehe..kang ayie gatai p tanya dalam english lagi kan. Jumpa tu memang jumpa. Tapi hampir hujung dunia la jugak. Jauh. Siyes memang sakit kaki jugak la.

Cerita ketiga, 2 orang member ayie tak jumpa jalan keluar, haha Yang ni kelakar. Memang sebelum tu kami kat KFC tu sama2 tapi ayie makan dulu, diaorang ni kemudian cket. Jadi nya, ayie pergi ke bus dulu. Tunggu punya tunggu diaorang cakap diaorang sesat. Da bagi direction jalan keluar pun tak jumpe jugak. Last2 encik Azam la pi cari diaorang. Dekat 15 minit jugak la. Kesian diaorang tak jumpa jalan keluar. Lepastu diaorang naik je bus gamat la kami bersorak tepuk tangan bagai, haha Jadi bahan la diaorang ni, muahaha kenangan kan..

Esok pagi ayie ada appointment dengan doktor. Doakan ayie.