بسم الله الرحمن الرحيم
Salam, hye!
Siapa sangka makhluk yang bernama ayie ni seorang yang jiwang suatu masa dulu, hahah Kemas-kemas barang jumpa satu buku nota hitam. Selak-selak, laaaa koleksi puisi jiwang ayie rupanya. Tahu tak usia puisi-puisi tu ada yang da menjangkau lebih 10 tahun! Mak aaii lama nya..tua dah la ayie sebenarnya kan, hahah Ni semua kerja zaman sekolah menengah dulu ni. Zaman cinta monyet orang panggil. Bila fikir balik, banyak pulak masa dulu nak create puisi bagai, tak belajar ke apa ni, hahah
Siap list tajuk bagai. Buku pun da lusuh tu. Semua sekali ada 18 puisi. Tapi ayie rasa ada lebih dari tu. Cuma x catit dalam buku tu. Mencurah-curah betul idea masa zaman tu. Kalau sekarang ni jangan kan nak buat satu puisi, nak cipta satu baris pun entah ambik masa berapa lama, hihi
Nak tergelak pun ada tengok-tengok balik segala puisi tu. Siap masa, tarikh, tempat, hak cipta lagi tu! Astaka SMKAK tu masa ayie sekolah di Semanggol dulu zaman form 1-3. Start ayie F3 sampai F4 memang giler la buat puisi ni. Dok sesaja ada je idea datang. Mana dan ayie tulis je. Lepas tu baru tulis cantik-cantik sikit dalam buku hitam ni.
Lagi satu, habit ayie masa sekolah menengah ni dari F1 sampai F6 suka la sangat tulis lirik lagu-lagu jiwang dekat belakang buku tulis or mana-mana buku nota. Agak bosan je dalam kelas mula la menulis. Mesti cikgu ingat ayie rajin salin nota dulu, padahal dok tulis lirik lagu, haha Ampun cikgu! Zaman F6 kurang sikit la buat kerja-kerja tu sebab da matang sikit, hihih Masa sekolah menengah tu antara lagu yang sangat favorite Kain Cinta Putih, Cinta Pantai Merdeka & Hanya Padamu =)
Puisi yang ni kalau tak silap ayie pernah masuk majalah. Majalah DARA. Ayie beli majalah tu semata-mata sebab puisi sendiri disiarkan. Mesti la excited kan. Tapi sayang, takde bukti nak tunjuk sebab majalah tu dah kena rampas masa sekolah dulu (masa tu majalah dikategorikan sebagai barang haram). Nak cari balik pun ayie tak ingat tahun bila disiarkan tu..hmm
Bila diingat balik rasanya setiap puisi tu ada maksud dia tersendiri. Zaman cinta monyet dulu, zaman cinta terhalang kekononnya..huhu Apa-apa pun setiap yang berlaku tu pasti ada hikmahnya. Datang dan pergi seseorang dalam hidup kita pasti membawa 1001 pengalaman dan pengajaran. Cuma 1, jangan pernah membenci si dia atau apa saja yang berlaku. Kerana hadirnya si dia dulu pernah membawa kebahagiaan & kegembiraan pada kita.. Adehh! Ter bermadah pulak dah! hahah
p/s: Agak-agak laku tak kalau jual puisi ni? kihkihkih
No comments:
Post a Comment