بسم الله الرحمن الرحيم
Salam, hye!
Its my graduation day! Yeeaaayyyy! Alhamdulillah.. Setelah hampir setahun menunggu hari konvo, dan setelah 3 tahun setengah berhempas pulas menghabiskan degree, akhirnya ayie da graduate. Officially alumni UiTM. Alhamdulillah Ya Allah.. Syukur sangat2! Tak tau nak gambarkan perasaan macam mana. Gembira + sedih + teruja + nervous semua ada.
Hari konvokesyen ayie 9 Mei 2015. First time konvo. Sebab ayie bukan student diploma, ayie student STPM. Jadi member2 yang ambik diploma da pernah konvo. Ayie belum pernah lagi. Teruja + takut nak ambk scroll atas pentas, hihi Seronok dapat jumpa sahabat2 kelas masa study dulu. Walau dapat jumpa kejap je, masing-masing dengan family kan. Ada yang da kahwin, yang ada anak, yang da bertunang. Ayie? Mereput..hahaha
2 hari di Kedah sempat la "photoshoot" di beberapa tempat. Seronok! Walaupun takde la banyak sangat gambar, tangkap pic pun sendiri2 je. Cuma terkilan cket tak tangkap family potret yang pakej bagai tu. Kalau tak boleh framekan pic tu. Ramai sangat orang. Ayie pulak sesi petang. Kejar nak hantar jubah lagi. Tak pasai nak hantar jubah esoknya pulak. Da start kerja. Ambik cuti sehari je, huhu
1st photoshoot dekat Tasik Merak dalam UiTM Kedah je. Yang ni unplanned. Member2 ajak last minit lepas ambik jubah konvo. So ayie follow je. Bukan selalu kan. Ntah bila lagi nak jumpa diaorang ni.. T__T
Second photoshoot. Petang tu pulak photoshoot dekat Tanjung Dawai. Tempat kenangan giler zaman belajar ni.. Rindunye!!! T__T Yang ni pun unplanned jugak, sebab asal nya ingat nak ambik pic dekat Titi Semeling. Tapi bila fikir balik malam da janji diner dekat Tanjung Dawai. So alang2 kan terus pergi sana je la.
Third photoshoot. Otw nak ke Tanjung Dawai kita akan lalu sawah kiri kanan terbentang luas. Siap berlatar belakang Gunung Jerai. Ayah ajak pergi sawah tu. Memang view cantik. Cuma padi je tak berapa nak hijau dah. Mungkin masa tu musim orang menuai, agaknya la kan.. Tapi dapat la jugak adjust2 dapat view yang cantik.
Fourth photoshoot dalam homestay yang kami sewa je. Homestay dia lawa! Teratak Mutiara Kasih di Taman Lembah Bujang Indah (Fasa 4). Mengimbau kenangan betul dok taman ni. Ayie menyewa dalam taman ni dulu.. Rindunya laahaaiii..
And..... The Graduation! Alhamdulillah for all this. Special thanks to my parents, siblings, lectures UiTM Kedah, friends, and all that have been there for me for three years & half struggle for my degree. Thanks Allah. And very special thanks & appreciate to my special mate of mine for have been there to me anytime & everywhere I need you. Thanks to be apart of my life. Thanks so much! =')
Betul orang kata, hargailah setiap kenangan yang hadir dalam hidup kita. Kerana setiap kengan tu tak berulang da. Kalau berulang sekalipun tak kan sama dengan memori yang pertama. Syahdunya.. Zaman belajar dulu dok fikir bila la nak habis belajar ni. Bila da habis, Ya Allah.. Rindunya segala kenangan zaman belajar. Tak berulang da..
Semoga semua sahabat2 seperjuangan berjaya dalam kehidupan masing-masing. In sha Allah, kalian selalu ada dalam ingatan.. <wipe tears>
No comments:
Post a Comment