Wednesday, January 7, 2015

Misi Bantuan Mangsa Banjir

بسم الله الرحمن الرحيم

(Kali ni atas alasan apa pulak ayie lama tak jenguk blog?)

Alhamdulillah.. Ayie diberi kesempatan untuk berkhidmat sebagai sukarelawan untuk mangsa banjir di sekitar Kuala Kangsar dan Lenggong. Walaupun keadaanya tidaklah seteruk di pantai timur, namun tetap memberi pengalaman bernilai untuk ayie dan sahabat sukarelawan yang lain. Kami berkesempatan untuk memberi khidmat dan bantuan di 3 buah kampung, Kampung Beng di Lenggong, Kampung Ara Panjang di Manong, dan Kampung Kelantan di sekitar Kuala Kangsar (nama je ye Kampung Kelantan tapi kat Perak). Ayie terlibat secara langsung di 2 buah kampung, Kampung Beng dan Kampung Ara Panjang. Di Kampung Kelantan hanya kaum adam yang berkhidmat di sana.


Keadaan rumah di Kampung Beng




Nampak kan macam mana kawasan rumah mereka. Masih ada air. Jadinya misi kali ni kami tak dapat nak bersihkan rumah orang kampung. Air belum surut. Hanya sebuah rumah saja yang sempat di cuci di Kampung Kelantan. Kaum adam yang cuci.  Di Kampung Beng dan Kampung Ara Panjang hanya cuci masjid dan tadika. Pun kaum adam yang buat. Jadi apa yang kaum hawa buat? Kami buat aktiviti kanak-kanak dan beramah mesra dengan penduduk kampung. Ayie yang pada asalnya bertugas untuk kerja pembersihan tapi atas sebab rumah tak boleh di cuci lagi jadinya ayie beramah mesra dengan penduduk kampung.

Alhamdulillah penduduk kampung beri kerjasama yang baik. Apa yang ayie nak highlight kan kat sini, rata2 mereka memang takde yang menangis bagai, takde pun yang mention cakap sedih bagai, tapi3 jauh di sudut hati mereka tergambar yang mereka sangat2 risaukan rumah mereka dan barang2 dalam rumah. Dari raut wajah dan cara mereka bercerita ayie dapat rasakan mereka sangat susah hati dengan keadaan banjir ni. Mereka memang sangat risaukn rumah mereka. Satunya, mungkin tu saja pusaka atau tanah peninggalan yang mereka ada. Then, siapa tahu tu sajalah harta yang mereka ada. Dan, walaupun bagi kita apa lah sangat barang2 yang mereka risaukan sangat tu namun bagi mereka tu sajalah harta mereka yang mereka ada. Kita tak tahu apa sebenarnya dalam hati mereka. Memang luaran mereka nampak biasa saja. Nampak seronok ada rakan2 di tempat perlindungan tapi jauh di sudut hati mereka...???

Memang di Kuala Kangsar dan Lenggong tak seteruk di pantai timur, tapi rata2 orang kampung yang ayie temui mereka risau sekiranya air empangan sekali lagi di buka.Kemungkinannya mereka akan hadapi banjir yang lebih besar. Kata mereka, mereka hanya mampu berdoa agar tidak lagi terjadi banjir sedemikian. Allah.. sayu dengar luahan mereka. Kita takde di tempat mereka. Kita tak tahu rasa macam mana barang rumah rosak. Tambah2 pula mereka bukanlah datang dari golongan orang yang berada. Rata2 mereka adalah nelayan, penoreh getah, dan pekebun. Mesti mereka sangat2 susah hati. Ramai juga penduduk yang mengadu darah tinggi mereka naik! Tak dapat tidur malam sebab susah hati fikirkan rumah. Sayunya.. Tak tergambar macam mana pula orang kampung di pantai timur..

Apa yang ayie boleh share juga di sini, sekiranya para sukarelawan sekalian tidak di layan dengan baik oleh orang kampung jangan terasa hati, jangan marah2 mereka. Fahamilah bahawa, tidak semua orang mampu untuk share kesedihan mereka pada umum. Keduanya, mungkin mereka juga telah penat melayan ramah mesra sukarelawan. Sehari bukan 1 kumpulan saja yang datang ke kampung mereka. Mungkin mereka juga perlukan sedikit ruang untuk diri mereka sendiri. Para sukarelawan yang akan bertugas kelak, cuba dan rapat lah dengan orang kampung. Sesetengah dari mereka perlukan tempat untuk luahan. Cukup bagi mereka sekadar kita menajdi pendengar keluh kesah mereka. Dengan siapa lagi mereka hendak mengadu nasib? 


Sumbangan orang ramai dari Sungai Petani dan Perlis


Gambar di atas ni di Kampung Ara Panjang. Paras air dah tenggelamkan jeti ni tempoh hari. Menurut cerita penduduk kampung, beberapa kali mereka ternampak, tertangkap, terlanggar ular sawa! MashaAllah.. takutnya. Semoga mereka dilindungi. Seorang kakak ni cerita, sungai ni penuh dengan ikan masa banjir haritu. Sekali sauk ikan dapat dengan ular sawa sekali. Besar katanya. Takutnya... Ada jugak penduduk kampung yang terlanggar. Mujur terlanggar dengan tayar moto. Kalau terlenggar dengan kaki? Nau'zubillahiminzalik.. Ayie terpikir jugak, macam mana la mereka yang 'randuk' air banjir tu. Semoga baik2 saja.



Team kami dari Sungai Petani. Lebih kurang 30++. Alhamdulillah. Semuanya sporting dan beri kerjasama yang baik. In Sha Allah semoga di beri kesempatan untuk kami berkhidmat di pantai timur pula kelak.

Sukarelawan = Suka, Sukar, Rela, Lawan
Buat kerja rasa Suka walaupun Sukar. Rela jiwa, Lawan nafsu


1 comment: