بسم الله الرحمن الرحيم
Yeaayy! Ada steamboat yang best kat Sungai Petani ni. Baru je bukak dalam sebulan macam tu. D'Resort Steamboat & Grill. Kedai nya dekat dengan jalan nak ke Cinta Sayang Resort. Takde la jauh pun dengan rumah ayie, huhu Harga dia? Sangat berbaloi dengan service dan makanan yang disediakan. RM13! Murah kan. Ayie da 2 kali pergi, haha Siap promote kat member2 lain lagi.
D'Resort Steamboat & Grill ni bukak hari2 kecuali hari Selasa kalau tak silap ayie. Ruang makan dia pun selesa tau.
Biasa ayie makan dekat Perlis tu pakai tempat steamboat yang guna arang tu. Tapi kedai ni lain, guna macam dalam gambar kat atas ni. Pakai eletrik la. Oh ya. Kuah tu boleh pilih ye nak sup atau tomyam. Ayie pilih tomyam. Nyum2! Terliur da..
Haa..Yang ni pun special. Rojak buah. Termasuk dalam RM13 tu sekali ye. Makan la rojak banyak mana pun. Ayie siap bertambah lagi. Seeedaapp sangat kuah rojak tu. Kalau korang bernasib baik, pengat pisang pun ada. Sedap member ayie cakap. Member ayie yang suggestkan kedai steamboat ni pernah rasa pengat pisang tu. Setakat ni ayie tak dapat rasa lagi la.
Ni kali kedua ayie datang. Kami makan 7 orang. Air harga lain tau. Di sebabkan kami agak ramai, kami ambik air 2 jug. Sejug RM5. Yang bestnya, tuan kedai tu tambah lagi sejug air sirap limau. Free! Haha..terima kasih pakcik! =P
Nampak tak, gambar tadi cerah. Gambar ni da gelap. Dari petang sampai ke malam kami dok makan, haha Lama betul. Mana taknya, elok cadang nak balik, sorang pergi tambah lagi. Cadang lagi nak balik, sorang lagi pulak pergi bertambah. Bila nak balik nya. Hahah
Macam2 choice makanan ada. Pandai2 la korang pelbagaikan ye.
Dessert pun ada tau. Aiskrim. Tapi yang ni harga lain. Satu scoop RM1.
Haa! Apa lagi, bagi peminat steamboat tu mai la singgah D'Resort Steamboat & Grill di Sungai Petani. Mai try steamboat yang ni pulak. Lupa cakap, yang grill tu ada daging dengan ayam tau. Ayie suka yang ayam. Sedap! Rasa manis2 pedas. Nyum2! Satu lagi, kat kedai ni ada macam2 sos korang boleh pilih. Satu sos tu memang owner ni yang buat sendiri. Boleh tahan rasa dia. Selamat Menjamu Selera! =)
p/s: Gambar2 semua adalah untuk tujuan promote je. Maafkan ayie kalau buat orang terliur.
Za tak pernah pi lagi..dekat ja la dengan rumah....
ReplyDeleteleh la try sis! hehe =)
Deletewahhh bestnyer.. murah plk tu... tp jauh sangat plk kalau nak pegi hehehe tp kalau balik kampung belah Mr.H kite boleh la singgah ni hehehe
ReplyDeletemurah + sedap tau sis, mai la cuba =)
DeleteSedapnyeee...jauh sangat la pulak sungai petani.
ReplyDeleteHehe..xpe2,nt ade rzki mai la snggah =)
Delete