Tuesday, October 28, 2014

Home Binder 2015 Yang Super Elegan!

بسم الله الرحمن الرحيم

Promotion! Promotion! Bagi korang yang suka catit events ke, aktiviti or taknak ketinggalan apa2 memories yang indah gituu korang harus ada 1 Home Binder 2015! Sangat eksklusif & elegan oke. Yang penting kekemasannya tiptop dan comel! Meh kita review cket Home Binder 2015 ni macam mana.


Ini adalah front cover Home Binder 2015. Eksklusif kan?



Laminated wrapping paper digunakan bagi front & back cover Home Binder 2015. Yang bestnya, Home Binder 2015 ni guna spiral binding yang super cun dan kemas!



Di tepi Home Binder 2015 ni ada tab siap bertulis bulan Jan-Dec untuk sisipan perancangan harian. Senang ye kalau nak terjah ke bulan yang kita kehendaki. Tak payah susah payah nak selak2 bagai. Menarik kan?



Apa yang ada dalam Home Binder 2015?
1) Muka hadapan yang ceria mewakili harapan yang menggunung untuk tahun 2015
2) Kalender tahun 2015
3) Perancangan bulanan, yang dimulakan seawal September 2014 supaya sesiapa yang nak beli awal ti boleh terus guna. Paling best, ada tarikh Hijrah sekali untuk memudahkan rujukan. Di setiap hujung muka surat ada bahagian untuk catatan tambahan
4) Perancangan harian, yang disertakan bahagian untuk merancang menu harian. Orang perempuan ni kadang complicated kan. Nak lakukan sesuatu mesti merancang dulu kan. Kan? Kan?
5) Helaian untuk tarikh istimewa
6) Helaian untuk catatan nota
*Saiz Home Binder 2015 ialah saiz A4 dengan orientation potrait untuk 81 mukasurat



Muka hadapan- boleh request nak letak nama apa



Kemudian, kalender 2015



Diikuti perancangan bulanan. Haa..nampak tak tu ada tarikh Hijrah sekali. Senang nak buat rujukan



Seterusnya, ada perancangan harian. Bermula Jan 2015. Setiap hari telah dicatat tarikh bersamanya.


Di hujung bawah perancangan harian ada meal planning.


Then ada special dates. Boleh la nak catit birthday ke, annivesary or holiday. 



Last sekali ada helaian untuk notes. 

Siapa yang patut miliki Home Binder ni?
  • Individu yang selalu sibuk dan perlukan 'pembantu' untuk kelancaran urusan harian.
  • Blogger yang sering dihujani idea secara spontan. Home Binder ni boleh jadi tempat paling sesuai untuk memuntahkan segala idea tersebut.
  • Homeschooling momma. Keperluan untuk mencatat aktiviti harian anak-anak secara tersusun.
  • Pelajar. Sangat banyak assigment dan deadline perlu dikejar. Home Binder ini boleh bantu untuk fokus kepada perkara tersebut.
  • Working-at-home-mom. Urusan business seharian In Sha Allah lebih tersusun dan efektif dengan bantuan Home Binder ni.
  • Individu yang sukakan simpanan data dalam bentuk hardcopy yang tak ada risiko 'crash' seperti softcopy.
Berapakah harga Home Binder ini?

Pakej 1:
  • Softcopy
  • Lengkap semua ada seperti diterangkan di atas
  • 93 mukasurat
  • RM25 sahaja!
Pakej 2:
  • Softcopy
  • Templat untuk perancangan bulanan sahaja. Tak ada perancangan harian.
  • 21 mukasurat
  • RM10 sahaja!
Pakej 3: 
  • Softcopy & Hardcopy
  • Sama serupa seperti di atas. Boleh pilih nak wrapping paper yang ada dalam koleksi
  • 93 mukasurat
  • RM100 sahaja! (Termasuk kos printing berwarna full pages, kertas, tabs, binding cover depan belakang, laminate, postage etc)
*Waah! Berbaloi kan?

Bagaimana cara nak beli Home Binder ni?

emel ayie di: nuratiqah242@yahoo.com

Boleh pilih wrapping paper. UPDATE: Cover 8, 11, 20, 24 dah habis tau.









Di bawah ni adalah contoh Home Binder yang customer da order. Cantik + comel2! 





Uniknya Home Binder 2015:
  • Korang boleh pilih cover sendiri. Pilih je corak mana yang berkenan
  • Lebih ceria-sesuai untuk mereka yang nak ubah selera dari planner biasa yang kebanyakannya diisi dengan warna-warna mendatar
  • Practical design-hanya planner yang betul-betul digunakan sahaja diletakkan dalam Home Binder seperti monthly planner & daily planner

Berkenan? Cepat2 emel & order ikot kehendak masing2. Terima kasih! =)
-Promote-

Hasil Appointment Doktor

بسم الله الرحمن الرحيم

Khamis lepas ayie dapat appointment doc untuk jumpa hari ahad baru2 ni. Hasilnya, setelah hampir 2 jam setengah ayie tunggu baru sampai turn jumpa doc. Punya la ramai orang. Kena pulak haritu ayie 'ceri-beri'. Nak pulak tu, sepanjang perjalanan ayie dari Taiping-Sungai Petani ayie keluar masuk toilet je. Nasib naik keretapi. Haritu saja lebih 15 kali ayie buang air. Longlai tau..Kesian kat diri sendiri,huwwaa.. Ayie dah tak peduli dengan signboard kat toilet dalam keretapi tu. "Jangan guna tandas semasa keretapi sedang berhenti" Mana tahan wehh..dekat Butterworth keretapi berhenti setengah jam lebih. Tibaii je la. Daripada terbeyak dalam seluar kan..

Berbalik pada kisah appointment dengan doc tu, ayie kena pergi x-ray dekat hospital or klinik terdekat. Ayie buat dekat Hospital Yan. Hari ahad ni pulak baru jumpa balik doc bawak x-ray tu. Baru tau hasilnya macam mana. Sakit apa ke hari ahad ni dapat jawapan. Tapi ayie tengok x-ray dada ayie tu macam oke je. Takde apa2 yang pelik pun.. (pandai2 je kau ramal sendiri ye,muahaha)


Tunggulah hasilnya ahad nanti. Tapi doc ada sebut pasal 1 penyakit ni. Tak bahaya pun. Cuma kalau sakit makan la ubat. Ayie dapat stok ubat da. Tahan kot. Bila sakit je makan. Sakit tu namanya "Costochondritis" atau disebut "Sindrom Tietze". Ia adalah radang atau bengkak pada satu atau lebih tulang rawan. Puncanya, pernah tercedera atau batuk berpanjangan. Ni hasil dari ayie google. Ayie tak pernah tercedera kat dada. Tapi batuk tu mungkin. Sedar tak sedar ayie da lama batuk rupanya. 

Jadinya, kalau takde apa2 masalah lain, mungkin tu la sakit yang ayie hidapi sekarang ni. Sebab doc cek jantung, breast, paru2 semua oke. Takpe, tunggu doc cakap apa pulak ahad nanti. In Sha Allah takde apa2. Cuma ayie kena kurangkan bergerak terlalu aktif dan kurangkan buat kerja2 berat.

Ya Allah, berikanlah Nur Atiqah Johari kesihatan yang baik, amiin..

Tudung Bawal Chiffon & Halfmoon Chiffon

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah..Akhirnya impian dan angan2 hampir jadi kenyataan. Permulaan yang bagus. Syukur. Ayie cakap sebelum ni kan Ayie Buat Business Kecil-Kecilan (HomeMade). Alhamdulillah..ayie da jual 9 helai tudung bawal ng halfmoon chiffon. Yang best, ada request lagi nak. So, ayie open oder baru la. Lebih daripada 10 helai baru ayie balik Taiping buat tudung. Kalau tak rugi la nak balik kalau dalam 4 5 helai je nak buat. In Sha Allah ahad ni ayie open order baru. Nak kena tengok dulu jadual minggu depan free x weekend. Kalau tak free tak boleh la balik,huhu


Memperkenalkan koleksi tudung ayie. Ni warna2 yang ayie perkenalkan. In Sha Allah ada modal lebih ayie perkenalkan warna2 terbaru nanti. Bukan apa,kang buat warna2 yang ayie jarang pakai kalau takde orang beli tak ke rugi disitu..hehe Konsep sekarang ni yang ayie buat, ada order baru ayie buat. Takde tak buat la. Tak berani nak ambik risiko. Untuk permulaan cuba nasib ni pun ayie open order dulu. 5 helai memang orang oder, 5 helai lagi ayie cuba nasib je. Alhamdulillah harini terjual da 9 helai. Tinggal 1 je lagi,huhu

Apa yang specialnya tudung ni? First, customer boleh request nak line tepi tu warna ape. Contohnya, dia pilih nak no.1 (dark purple). Line tepi dia request nak purple lembut. Second, untuk halfmoon customer boleh request nak size M atau L. Tu la yang special nya. Ayie buat atas kehendak customer. Harga pulak, harga kasih sayang la. Untuk semua jenis tudung ayie jual dengan harga RM10. Mahal ke murah ke standard? Rasanya standard kot..

Ayie bercadang jugak nak open order untuk online. Tapi nanti jatuh mahal la. Sanggup ke dengan postage bagai. Kalau area sungai petani ni boleh la bagi by hand je. Luar sungai petani sanggup ke?huhu Ada yang sanggup boleh la ayie open order untuk online sekali =)

Plan seterusnya ayie ingat nak letak tudung ni kat kedai2 tudung. Kot la ada yang sudi nak kan. Sama2 tambah income. Tu plan akan datang la. Sekarang just jual sesama kawan dalam kampus je. Ayie dah mula ada keyakinan cket nak berbusiness ni. Mula2 memang malu + tak berani. Tapi ayie cuba jugak. Ayie percaya Allah dah tetapkan rezeki masing2. Kita cuma perlu berusaha. In Sha Allah..

Mula2 rancang duit hasil business ni nak simpan untuk tunang + kahwin. Tapi terlupa pulak HUTANG MOTOR tak habis bayar lagi,hahah jadinya dahulukan lah hutang motor tu. Untuk tunang dengan kahwin pandai2 la saving lain nanti,muahahha (boleh pulak ye lupa hutang motor, punya excited nak saving untuk kawin, haha) Apa2 pun, apa yang ayie buat semuanya Lillahita'ala.. In Sha Allah. Doakan ayie ye..=)

Friday, October 24, 2014

Kenapa Aku Diduga

بسم الله الرحمن الرحيم


-Salam Jumaat-
"Ya Allah, berikan ayah ayie kesembuhan yang baik. Mudahkan segala urusan untuk menjalani pembedahan semula..Amiin"

Sakit Masih Belum Sembuh

بسم الله الرحمن الرحيم

Seperti yang ayie cerita minggu lepas ayie ke klinik kesihatan untuk check dada ayie yang bengkak. Dah habis antibiotic yang doc bagi untuk seminggu tu sakit masih belum reda jugak. Cuma dia berkurangan cket. Bila ubat da habis sakit tu datang balik. Makin kerap. Yang ayie perasan, makan antibiotic tu buatkan ayie tak sedap badan sebelah malam aka rasa macam nak demam tapi time malam je. Call mak gtau, mak cakap "hang toksah da la makan ubat tu" padahal telan habis da,kuikuikui 



Then, siang tadi decide pergi balik klinik. Malangnya, pergi da lewat cket dalam pukul 3 lebih sebab baru habis kelas, doc takde. Yang ada hanya MA. MA tak berani la nak buat surat bagai untuk rujuk ke hospital. Dia buat appointment dengan doc hari ahad ni pukul 9 pagi. Memandangkan ayie ada kelas pagi tu, terpaksa la mintak datang lewat cket. Selewatnya 11:30 pagi. Habuan 'coklat' untuk harini ayie dapat ubat tahan sakit yang up cket. Yang kuat lagi kata MA. 

Dan harini jugak, ntah macam mana dalam bilik air tadi tetiba zuupp! rasa ditarik2 kat tempat sakit ni. Nak nafas Ya Allah..sakit sangat! Mengerang la dalam toilet tu. Siyes, ayie memang tak sanggup untuk hadapi saat tu untuk kali kedua. Teramat sakit. Tak tau la apa sebabnya..Terasa2 lagi sakit tu macam mana. Takut + trauma..sakit sangat..=/

Harini jugak dapat berita mak call bagitau ayah kena tahan wad. Pergi chekup biasa kat orthopedic tetiba doc cakap kaki ayah tu kena jangkitan kuman yang serius. Kena tahan wad dan kena operate balik. Allah..terkejut. Tak sangka akan di operate balik. Setahun da pakai besi tu. Memang selalu keluar nanah dekat skru besi tu tapi tak sangka sampai kena operate balik. Hmm semoga ayah tabah dan kuat. In sha Allah pagi esok ayie akan balik Taiping. Doakan semuanya berjalan lancar. Amiin.. 

Thursday, October 16, 2014

Sakit Apa Agaknya..

بسم الله الرحمن الرحيم


Hmm..ayie tak tahu la apa sebenarnya sakit ayie ni. Ayie mengalamai sakit dada bengkak ni sejak form 6. Masa tu doktor cakap mungkin arthritis. Ayie blur2 je sebab tak pernah dengar pulak sakit tu. Dan sakit tu berlarutan sampai la sekarang.

2 minggu lepas ayie pergi klinik 1 Malaysia dan doc cakap avoid ais dan pulut. Sebab takut urat kat dada tu making bengkak katanya. Bengkak ni bukan ada benjolan ke apa. Dia bengkak yang kembung tu. Sakit dia sampai kebas2 tangan belah kiri ni. Bernafas pun kadang2 perit je rasa.

Lepas tu semalam pergi pulak klinik kesihatan Merbok. Doc check bagai dia bagi antibiotics untuk seminggu. Kalau tak oke jugak dia akan rujuk ke hospital. Erm cuak pulak dengar. Takuut.. Ubat yang dalam gambar belah kiri tu ubat yang baru dapat semalam.

Ubat belah kanan pulak ubat yang dapat sebelum ni + ubat untuk sakit lain. Sakit lain yang ayie maksudkan tu ayie pernah excident 2 tahun lepas. Then, tempat ayie jatuh tu selalu sakit. Antara pinggang dengan vontot. Tapi yang tu ayie tak risau da sebab doc cakap kalau retak sekalipun diaorang tak kan operate sebab ayie muda lagi. Diaorang akan biar cantum sendiri je. Cuma kalau sakit sangat makan la ubat.

Aishh..banyak sakit ye ayie ni. Sakit kan penghapus dosa. Mungkin Allah sedang uji ayie. Doakan kesihatan ayie ye.. Semoga ayie cepat sembuh, In Sha Allah..

Wednesday, October 15, 2014

Kenapa Hadiah Tak Sampai..

بسم الله الرحمن الرحيم

Kenapa la kali ni hadiah GA tak sampai. Sedangkan ayie pos dari sebelum raya haji lagi. Ayie pakai pos biasa je. Sebab apa ayie berani pakai pos biasa? Sebab sebelum ni ayie pernah pos hadiah GA ke Sabah pakai pos biasa. Sampai. Sebab tu ayie berani nak pos pakai pos biasa lagi. Nak hantar ke Kelantan dengan Sungai Petani je. Tapi tak sampai. Hmm. Rugi 1. Kesian dengan pemenang la. Mesti diaorang tertunggu2 hadiah tu..Hmmm

Sumber:Google

Ni yang rasa macam malas buat GA ni. Buat orang taruh harapan je..Maaf semua..=/

Tuesday, October 14, 2014

Wordless #20 - Jangan Menyerah

بسم الله الرحمن الرحيم


Allah..bila baca kata2 ni terus ayie bersemangat balik. Serious! Memang ayie dalam situasi untuk menyerah saja sebab rasa macam serba salah untuk teruskan 'sesuatu' ni. Tapi bila baca kata2 ni, ingat balik kenapa selama ni dapat bertahan terus rasa bersemangat semula. Alhamdulillah..

Monday, October 13, 2014

Laksa RM1 di Lembah Bujang

بسم الله الرحمن الرحيم


Mari mari! Ayie nak promote tempat sendiri ni,hihi Dekat Lembah Bujang ni ada pasar malam setiap hari ahad. Dan pakcik ni jual laksa hanya dengan harga RM1! Waaa..teruja tak? Kalau nak telur hanya tambah RM0.50 dan korang akan dapat SEBIJIK  telur ayam ye. Bukan sebelah atau berbelah2. Tapi sebijik! Amacam? Teruja tak dengar ayie promote ni?muahahha

Jadi, kalau rasa nak try laksa RM1 yang berbaloi ni mai la Lembah Bujang, Kedah. Rasa dia? Ummphhhh! Nyummm2! Kuantiti dia? Nak kata banyak pun tak, nak kata cket pun tak. Sedang2 la. Kenyang la jugak kalau perut kecik tu. Kalau hantu laksa mungkin tak cukup kot,hahah 

Ohya! Gambar laksa ayie ni nampak kosong je kan takde bahan. Sebab ayie yang request. "Pakcik jangan letak bahan ye". Sebab ayie tak makan pun segala bahan2 bawang, salad, timun bagai tu,hehe Mai la try =)

Maafkan ayie kalau ada yang terliur, ayie cuma nak promote je..Mana tau perniagaan pakcik ni lebih maju..

Friday, October 10, 2014

Wordless #19 - Peringatan Untuk Kau!

بسم الله الرحمن الرحيم


-Salam Jumaat-

Resepi Daging Bakar

بسم الله الرحمن الرحيم

Kat rumah korang mesti ada stok daging raya korban baru2 ni kan?Haa..kot tak tahu nak buat apa dengan daging tu meh cuba resepi ni. Simple dan sedap! hehe Bahan2 pun simple je.

Bahan-bahan:
Daging
Lada Hitam
Bawang Putih
Perencah Hilal
Garam

Cara-caranya:
1) Lada hitam di tumbuk dengan bawang putih. Ikut tekak masing2 ye nak rasa pedas ke tak. Nak pedas letak la lebih lada hitam tu ye.
2) Da hampir lumat bahan2 tadi boleh la di lumurkan dekat daging yang telah di potong nipis dan di basuh dahulu ye.
3) Boleh la gaul sekali dengan sedikit garam dan perencah hilal. Tak letak pun takpe. Nak tambah rasa je. Kalau siapa tak tau macam mana rupa perencah hilal tu ayie google da gambar nye. 

Sumber:Google

Bagi ayie perencah ni memang penyelamat la. Untuk masak apa pun dia sesuai tau. Da siap gaul boleh la perap dulu daging tu ye. Macam ayie yang tak sabar2 ni, tak sampai 2 jam pun perapnya. Da bakar, hehe Oh ya, ayie bakar pakai pemanggang ajaib ye. Mungkin sebab tu dia cepat cket nak masak. Jangan lupa sapu marjerin cket ye supaya tak melekat. Bau pun wangi je.


Tarraa! Da siap.. Yang sebelah kiri tu ayie baru letak. Yang belah kanan tu da nak masak da,hehe Jangan risau, walaupun rupanya gelap tapi rasanya..ummphh! Nyum2! Sedaaapp tau. Mak puji kira sedap la kan,muahahaha Siap request buat lagi. Oke la..selagi terdaya kita buat la untuk mak dan ayah tercinta. Ye dak? 

Kalau nak rasa masam2 cket boleh la perah limau. Ayie makan ni cicah dengan mayonis salad. Sedap tau! Selamat mencuba =)

Thursday, October 9, 2014

Permohonan Kemasukan ke UiTM Sesi 2

بسم الله الرحمن الرحيم


Berita baik untuk adik2 lepasan STPM/Matrikulasi/STAM dan seangkatan dengannya! UiTM ada buat pengambilan baru sesi akademik 2 2014/2015. Jadi adik2 yang tak dapat mana2 tempat di universiti sebelum ni jangan susah hati. Cuba yang ni. In Sha Allah rezeki ada di mana2. Siapa tahu rezeki adik2 dapat masuk UiTM Februari tahun depan.

Sebab apa ayie beria2 sungguh suruh adik2 cuba? Sebab ayie sendiri senasib dengan adik2. Ayie pun pernah tak dapat jejak kaki ke universiti masa kawan2 lain dapat masuk universiti. Frust dik oii..Menangis sampai bengkak mata. Rayuan pun tak dapat. Sampai tak mau da sambung belajar. Tapi perancangan Allah tu lebih baik. Klik sini untuk baca sedikit perkongsian ye.

Jadi, macam mana nak apply? Adik2 boleh klik laman portal ni ye. Mudah-mudahan ada rezeki adik2. Sebarkan ye. Cuba dulu. Mana tau memang rezeki adik. Kalau tak dapat bersangka baik lah dengan Allah. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Gudluck! =)

Resepi Puding Karamel Tanpa Telur

بسم الله الرحمن الرحيم

Sebelum ni ayie cerita je kan ayie buat Puding Karamel Tanpa Telur. Tapi tak share pun resepi kan. Apa la ayie ni..hehe Harini ayie share resepi ni ye. AMARAN awal, ayie main campak je ye, hehe Simple je nak buat..In Sha Allah, malas2 pun mesti boleh jugak buat.

Bahan-bahan:
Agar-agar
Air
Tepung Kastard
Susu cair
Susu pekat manis
Tepung jagung (ayie tak letak sebab takde kat rumah)
Esen vanilla (ayie tak letak sebab takde kat rumah)

Bahan-bahan untuk 'kuah':
Gula
Air

Cara-caranya: 
1) Masak agar-agar. Ayie letak air lebih sebab nak puding tu 'gedik-gedik'..hehe
2) Bila agar-agar da masak, masukkan susu cair
3) Lepas tu bancuh tepung kastard dalam 3 sudu besar. Masukkan dalam adunan agar-agar tadi. Ohya, api jangan kuat sangat tau
4) Lepas tu boleh la masukkan susu pekat manis ikut tekak masing2, nak manis atau tak. Ayie tak buat manis pun sebab nanti kuah die pun manis lagi
5) Da siap, boleh la bubuh dalam bekas untuk di sejukkan

Untk buat 'kuah':
1) Masak gula dalam 2-3 sudu besar. Api perlahan ye.
2) Agak2 gula tu da nampak keperangan masukkan air perlahan2.
3) Lepas tu boleh la di siram atas puding yang da disejukkan tadi.


Tarra! Ni la hasilnya. Gedik2 tau. Masukkan dalam peti ais makan sejuk2, nyum2..Sedap je lalu kat tekak,hehe Hope paham la ye dengan resepi ni. Selamat mencuba! =)

Wednesday, October 8, 2014

Gerhana Bulan

بسم الله الرحمن الرحيم

Angkat tangan siapa tengok gerhana bulan tadi? huhu Alhamdulillah..Ayie berkesempatan tengok tadi dengan family. Tengok lepas maghrib tadi. 


Nak tempek jugak gambar walaupun tak berapa jelas. Boleh macam tu? hehe Subhanallah! Cantik sangat. Kuasa Allah.. Apa saja boleh terjadi kan. Macam gerhana ni, walaupun bulan tengah mengambang tapi dengan kuasa Allah terjadi gerhana kita nampak bulan tu separuh je. Macam bulan sabit. Sedikit demi sedikit dia mula nampak mengambang balik. Subhanallah..

Tuesday, October 7, 2014

Celcom Dah Berubah?

بسم الله الرحمن الرحيم

2 3 hari ni pelik betul ayie bile mesej cepat beno habis kredit. Padahal baru topap petang semalam, pagi ni kredit da habis. Call apa pun tak. Pelik. Sebab setahu ayie, ayie mesej dengan no yang da diaktifkan cuma setengah sen je. Tapi harini baru persan. Satu mesej 2 sen. Patut la laju je kredit habis.. Haaiii, tak kan minyak naik 20sen mesej pun naik harga jugak? hahaha

Untuk tidak 'memusykilkan' ayie lagi, ayie pergi la kedai hp kat depan rumah tu. Tanya dia kot2 celcom ada apa2 masalah ke. Budak tu cakap takde apa2 masalah pun. Hmm..pelik. Ayie balik rumah ayie decide call la terus service center. Rupanya... Start 2 Oktober 2014 semua mesej samada no aktif atau tak dikenakan 2 sen untuk celcom ke celcom. Kalau ke rangakain lain 8 sen. Call kekal 10 sen / minit. Ouwhhh..alkisahnya. Ingat kan apa la kan. Tetiba je kredit laju habis. Tapi apa2 pun still mura la kan. 2 sen je. Tapi untuk orang yang macam ayie ni KERAP mesej memang terasa la kredit laju habis,hahah 

Korang ada masalah yang sama cam ni tak? Korang ada cadangan pakai line mana yang berbaloi untuk mesej & langgan internet? 

p/s: Wasap je la kan. Takde pakai kredit =)

Monday, October 6, 2014

Wordless #18 - Selamat Pengantin Baru

بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Pengantin Baru. Bahagia tengok orang bahagia (Walau dalam hati serabut..)

Sunday, October 5, 2014

Ayie Buat Business Kecil-Kecilan (HomeMade)

بسم الله الرحمن الرحيم

Ayie berminat jugak la nak buat business ni. Cuma tak berapa ada keyakinan + masa tak berapa ada + modal pun tak berapa cukup..huhu Tapi untuk permulaan ni boleh la nak mula cket2.. Jual pun dekat orang terdekat je..Rasanya tak buat lagi kot jual online. Sebab nanti jatuh mahal balik sebab postage. Tapi perancangan tu ada la..huhu



Ayie nak jual tudung Halfmoon! Yang pasti ia adalah HOMEMADE ye..Ayie buat dua size, M dan L. Ayie taknak buat size S sebab taknak galak kan orang pakai tudung pendek,huhu Nak size XL pun leh request, In Sha Allah.. Harga kasih sayang je. RM10!



Haa..ni la tudung nya. Model nya adik ayie, hehe Macam mana?oke tak?



Yang ni pulak bawal ruffle bercorak. Yang ni mahal cket sebab kain dia besar. Yang ni pun leh request nak size M or L. XL pun in Sha Allah boleh..Yang ni RM14.

Haa..oke tak? Ada yang berminat?hehe Baru nak menapak. Untuk perancangan masa depan ayie nak ada tag sendiri untuk barang2 yang nak jual. Kira macam jenama sendiri la. Ohya..business ni business kami adik beradik dan untuk pertama kalinya parents setuju,haha (Sebab sebelum2 ni punya idea parents reject!) Boleh la baru nak menapak kan. Doa kan kami.. In Sha Allah..Rabbi Yassir Walatu'asir..

Saturday, October 4, 2014

Kemalangan Di Highway Utara Selatan

بسم الله الرحمن الرحيم



Allah..sayu nya hati..Yang meninggal merupakan kawan adik ayie dan mak dia. Kawan baik masa diaorang kat matrik Gopeng. Kesiannya.. Semoga mereka sekeluarga tabah. Begitu juga dengan mangsa2 yang lain.. Innalillahiwainnailaihirajiu'n..Al Fatihah.. =/

Berita penuh klik sini

Thursday, October 2, 2014

Ayie Da Pos Hadiah!

بسم الله الرحمن الرحيم


Ayie da post hadiah! Alhamdulillah..In Sha Allah lepas raya haji ni sampai kot..huhu Yang topap tu ayie kasi malam sok ye, In Sha Allah.. Esok nak balik Taiping! Malangnya tiket sudah habis maaa...huhu Kena la naik bas loncat kan. Tak kan tak balik pulak..Raya la kat Kedah ni ye, hehe Semoga dipermudahkan urusan balik kampung esok. Semoga ada tiket untuk balik esok..In Sha Allah.. Sungai Petani > Butterworth > Kamunting > Taiping =)

p/s: Taiping! Mu tunggu aku balik! hehe
Salam Jumaat