Friday, March 21, 2014

Sambil Berwhudu' Sambil Berdoa

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum semua.. Di penghulu segala hari ni ada cket info yang ayie nak share berkaitan wudhu'. Ayie dengar pasal Sambil Berwhudu' Sambil Berdoa ni dari zaman sekolah rendah lagi. Ustaz pernah cerita dulu. Pelan-pelan istiqamah kan diri untuk amalkan. Ayie kongsi ni secara ringkas nya la. Kalau nak yang lebih detail mungkin korang boleh klik sini atau sini. Sebelum tu maafkan ayie andai salah apa yang ayie kongsikan. Tegur dan perbetulkan lah kekhilafan ayie..=)

1) Membasuh kedua-dua pergelangan tangan
"Ya Allah, jauhkan lah tanganku ini dari perbuatan maksiat"
2) Berkumur
"Ya Allah, permudahkanlah bagiku mengucap dua kalimah syahadah ketika menghadapi sakaratulmaut"
3) Membasuh muka
(setelah niat wudhu')
"Ya Allah, berilah cahaya di wajahku"
4) Membasuh tangan hingga ke siku
"Ya Allah, bagilah aku mengambil buku amalan ku nanti dengan tangan kanan dan bukannya dengan tangan kiri"
5) Membasuh sedikit kepala
"Ya Allah, naungilah aku dengan rahmatMu"
6) Membasuh telinga
"Ya Allah, perdengarkanlah aku panggilan dari syurga dan bukannya panggilan dari neraka"
7) Membasuh kaki
(kanan)
"Ya Allah, tetapkan lah kaki ku ini ketika melangkah di atas titian sirat"
(kiri)
"Ya Allah, janganlah Kau tergelincirkan kaki ku ini ke dalam api neraka"

Selamat Beramal dan Salam Jumaat =)

2 comments: