بسم الله الرحمن الرحيم
Waaahhh!semangat ayie siapkan 'kerja sekolah' yang Laoshi kasi ni..hehe eh!Siapa Laoshi ni? Laoshi ni dalam bahasa Mandarin, maksudnya Cikgu dalam bahasa Melayu. Laoshi kasi latihan cket untuk di buat. Untuk semester ni kena belajar tulisan Cina. Bersemangat ayie nak belajar. Unik tau tulisan Cina ni. Nak tulis kena step by step. Bukan main tulis je tau..Nak kena faham kan lagi. Ayie memang minat dengan bahasa Mandarin ni.
Dekat UiTM ni kena ambik bahasa ketiga tau. Kat kampus Kedah ni bahasa yang ada ialah Bahasa Arab, Bahasa Mandarin, Bahasa Jepun dan Bahasa Jerman. Dan ofcoz ayie pilih bahasa Mandarin. Sebab? ayie da lama teringin nak belajar bahasa Mandarin. Ada peluang ni kita gunakanlah sebaik nya kan..Bahasa Arab da ambik da sepanjang sekolah menengah dan form 6 dulu. So, nak cuba pulak bahasa lain (padahal bukan fasih pun cakap Arab,hehe) Tak salahkan mempelbagaikan ilmu bahasa.. =)
Ni la 'kerja sekolah' ayie..Nampak macam senang je tapi buruk giler tulisan Cina ayie kan. Mesti macam budak-budak tadika baru nak belajar menulis, hehe Pulak tu kena tulis banyak-banyak. Da macam buku latihan A B C adik Anis Maisarah je. Baru ayie tau kenapa dia malas-malas nak tulis banyak-banyak. Ayie sendiri pun malas-malas nak tulis, haha Sesuka hati je paksa dia buat kan. Sekarang baru rasa.. =)
Seronok dapat ilmu baru. Best sebenarnya belajar Mandarin ni. Nak kata fasih cakap Mandarin pun tak jugak. Sebut pun terkial-kial lagi. Tapi boleh la nak ingat beberapa perkataan tu. Faham jugak la..Semoga ayie terus maju dalam menguasai ilmu bahasa ni. Begitu jugak untuk sahabat-sahabat ayie!
Rajin la Ayie :)
ReplyDeletesinggah & akak follow sini..
ReplyDeletesalam kenal tuan rumah
thanks =)
ReplyDelete