بسم الله الرحمن الرحيم
Sambungan cerita dari Wordless Wednesday #1.
Tanggal 18 Jun 2013 adalah bermulanya saat-saat kritikal buat ayie sekelurga. Mana taknya, malam tu adalah saat ayah bertarung nyawa, saat ayah berjuang semampu mungkin, saat ayah kumpul semangat untuk terus hidup. Sehingga ke saat ini kami masih lagi mengharungi detik getir itu cuma nya tidak la sehebat dulu. Ayah dah beransur pulih. Alhamdulillah..
Tanggal 18 Jun 2013 adalah bermulanya saat-saat kritikal buat ayie sekelurga. Mana taknya, malam tu adalah saat ayah bertarung nyawa, saat ayah berjuang semampu mungkin, saat ayah kumpul semangat untuk terus hidup. Sehingga ke saat ini kami masih lagi mengharungi detik getir itu cuma nya tidak la sehebat dulu. Ayah dah beransur pulih. Alhamdulillah..
Ayie nak tanya, apa perasaan anda semua sebagai anak, ayah anda terlibat kemalangan maut dan kritikal tapi anda langsung tak diberitahu? Dengan alasan sedang menghadapi final semester + final exam. Yaa..tu la yang ayie pernah hadapi. Mau pengsan masa tu. Menangis jangan cakap la. Malam semalam ayah exciden tapi malam ni baru dapat tau. Tu pun dari orang lain yang tak sengaja bagi tau. Allah..tak dapat nak gambarkan macam mana perasaan ayie masa tu. Kalau boleh terbang malam tu jugak ayie balik terbang ke Taiping. Semalaman ayie tak tidur pikirkan ayah dan keluarga + sedang siapkan final assigment.
Sumber:Blog siapa ntah ayie tengok dulu |
Keadaan motor ayah
Lebih menyedihkan, jiran paling rapat dengan keluarga ayie turut terkorban dalam kemalangan tu. Dan paling pilu, cara jiran tu pergi..yang ayie boleh cakap kemalangan tu ngeri, paham-paham la sendiri, ayie tak sanggup nak gambarkan dalam cerita ni. Allah..memang tak sanggup. Bertambah-tambah sedih hampir sebulan lepas kemalangan suami mangsa turut terkorban setelah bertarung nyawa akibat dari kemalangan tersebut jugak. Suami mangsa kritikal. Ayie hampir setiap hari g melawat bisik kan di telinga nya supaya kuat untuk terus berjuang. Tapi Allah lebih menyayangi nya. Syahdu sangat..tambah-tambah meninggal di bulan mulia bulan Ramadhan. Siapa-siapa yang dari area Taiping mesti akan ingat kemalangan ni. Sebut saja "ala,exciden yang singh MABUK tu" conform orang akan tau.
Yup, tu lah punca kemalangan tu. Bawak kenderaan dalam keadaan MABUK. Dan untuk pengetahuan semua kes sedang berjalan dan si pesalah masih bebas dan beberapa kali ayie pernah terserempak. Sakit nya hati hanya Allah yang tahu.. Semoga keadilan berpihak pada kebenaran. Bukan wang ringgit yang kami mahu kan cuma kami tak mahu pisang berbuah 2 kali. Tak mustahil kemalangan macam ni boleh berulang lagi. Doakan semoga semuanya lancar..Amiin
Keratan akhbar Metro 20 Jun 2013
Esok 18 Februari 2014 genap 8 bulan kemalangan tu. Syukur Alhamdulillah, ayah semakin pulih. Dah hampir 2 minggu kembali bekerja. Semoga dipermudahkan segalanya. Cuma masih ada luka-luka kecil yang belum sembuh sepenuhnya. Doakan semoga cepat baik luka tu agar ayah dapat beribadah dengan lebih sempurna. Ayah sangat kuat. Dan ayie tau kami anak-anak dia dan mak la sumber kekuatan ayah. Insyaallah, kami akan selalu ada untuk ayah. Teruskan usaha! Cerita ni belum habis lagi. Cukup setakat ni dulu, ayie akan sambung kemudian ye.. Terima kasih sudi singgah dan selami apa yang ayie rasa. AlFatihah untuk yang telah kembali ke sisiNya..
moga terus kuat yaa :)
ReplyDeleteamiin,insyaallah..
ReplyDeleteSmoga ayah ayie kmbali pulih..akk nk tahu bagaimana kmlngn itu berlaku dan ayah ayie bersama siapa ketika itu dan hendak ke mana.jika tdk keberatan.
ReplyDelete#ayie kalau boleh jgn gunacword verification dkt komen box ni ye..sbb akk selalu fail sbb mata x terang.nnt x jd nk komen.:D
amiin..nt ayie smbung cerita ye,
ReplyDeleteayie xtau pun sal word verification tu,nt ayie godek2 ye,maaf la blogger baru ni xtau pape sangat,huhu