Friday, February 7, 2014

Apakah Telah Menjadi Tunangan Orang?

بسم الله الرحمن الرحيم
Sedikit perkongsian di penghulu segala hari,hari Jumaat..
Pertunangan adalah istilah yang digunakan sebagai tanda telah terikat janji antara dua hati untuk dimiliki antara satu sama lain dengan bermaksud untuk menikah.

Ayie pernah terbaca dan pernah dengar ustaz ustazah bercerita, kalau ada lelaki menyatakan hasrat untuk berkahwin kemudian perempuan itu bersetuju maka kalau diikutkan syara' mereka telah pun bertunang. Haa..nampak x. Bila kita bersetuju secara tak langsungnya kita telah pun menjadi tunangan orang. Yang lain-lain tu adat je. Macam bawa hantaran bagai tu..

Sebuah hadis daripada Ibnu Umar r.a sabda Rasulullah SAW:
"Jangan ada di antara kamu yang menjual atas jualan orang lain dan juga jangan ada di antara kamu yang meminang terhadap pinangan orang lain"

Kesimpulannya, sebelum nak merisik-risik tu tanya dulu ye da berpunya ke belum. Mana tau kot-kot yang kita berkenan tu tunang orang ke kan.. Status ayie lak?Kene tanya tuan punya badan la kan..hehe ^_^

p/s: Andai salah apa yang ayie share harap di perbetulkan.Salam Jumaat..=)
Sekadar gambar =)

2 comments: