بسم الله الرحمن الرحيم
Yeeehhhaa! Akhirnya, sampai jugak hajat nak bawak member ayie pergi bercuti di Pulau Langkawi. Alhamdulillah.. Plan da lama. Since dok Perlis ni tak jauh pun dengan jeti Kuala Perlis. Rasa macam rugi kalau tak ambik peluang pergi Langkawi. So lets plan the vacation! Kami pergi berempat. Ayie, adik ayie 2 orang dan member ayie. Kami ambik pakej. Sebab? Sebab semua dah siap tersedia. Cuma perlu siap duit dan siapkan diri nak pergi je. Mudah!
Ada yang cakap ambik pakej mahal, baik pergi sendiri. Bagi ayie pulak, ayie rasa lebih kurang je. Lagi mudah sebab semua da tersedia. Nak tau apa pakej yang kami ambik ni? Mai ayie cerita2 cket . . .
1) Tiket feri pergi dan balik
2) Pengangkutan dari Arau ke jeti Kuala Perlis dan dari Kuah ke tempat penginapan di Pantai Cenang.
(Tapi, pengangkutan dari Kuah ke tempat penginapan di Pantai Cenang tu telah di tukar dengan kereta ye. Means, asalnya ada orang yang akan hantar kami dari Kuah ke Pantai Cenang. Tapi last2, orang yang handle pakej ni cakap harga lebih kurang je. Jadinya, kami terus dapat kereta untuk sehari)
3) Bilik untuk 3 hari 2 malam. (Satu aircond satu takde aircond)
Total RM115 seorang. Tapi sebab satu ambik bilik aircond jadinya RM127 seorang. Murah ke mahal? Bagi ayie oke kot.. Dan kami ambik kereta sehari lagi. So hanya tambah RM60. RM60 bahagi2 la 4 orang pulak ye. Macam mana? Oke tak?
Tu cerita pakej. Kita tengok pulak tempat penginapan. Tempat penginapan yang kami dapat ialah Cenang Rest House. Sangat berpuas hati! Sebab betul2 dekat dengan pantai. Best gilerr!!hahah Bilik ayie dok takde la sehebat mana. Bukan 5 bintang pun. Tapi selesa la untuk tidur, mandi bagai. Ayie puas hati! Orang pakej pun ada tanya, bilik semua macam mana. Kalau tak oke diaorang nak blacklist. So far, tersangat la oke ye. View dia memang perrghhh! Mai tengok gambar. Tapi ni gambar dari google la ye. Ayie lupa nak snap gambar rest house tu T__T
|
Sumber: Google |
Mengancam tak? Bilik ayie dok sebelah kiri tu ye. Bukak je pintu toleh kiri nampak laut. Kami sampai malam. So tak tau pun belakang tu pantai. Dengar bunyi ombak je. Then berani kan diri berjalan ke belakang tu nampak la laut. Teruja tau!
Kami pergi 24 April - 26 April. Jumaat tu kami mintak feri paling last, pukul 7 petang. Sebab nye ayie dengan member ayie habis kerja pukul 5. Dalam pukul 6 orang pakej tu datang bawak kami ke jeti. Perjalanan dari Kuala Perlis ke Kuah ada la dalam sejam lebih camtu. Belum sampai lagi orang kereta dah kol tanya sampai belum. Siap pesan bagai da kaunter kereta yang mana satu. Punya la jaga customer kan, hoho
Sampai2 ambik kereta, tanya direction ke Pantai Cenang, dan dapat kan map Langkawi. Sesat jugak la terlajak cari rest house tu. Da sampai pergi makan kat area Cenang je. Tau ape? Cenang memang banyak choice nak makan. Macam2 ada. Da macam kat Hawaii pun hadoo ! hahah Ramai pelancong asing dengan pelbagai gaya ye,huhu Pandai2 la kuatkan Iman, hahah
Sabtu, rancangan pertama ke cable car. Sampai je under maintenance pulak. So tukar plan. Ke Makam Mahsuri dulu. Harga nak masuk Makam Mahsuri RM10. Sebelum tu singgah tempat gamat. Kalau tak silap ayie yang kami singgah tu Sireh ape ntah.. Cuba la biskut gamat dia. Sedaaapp tau!
Petang, ke Island Hoping. Ambik pakej RM35 seorang. Island Hoping ni dua kali je tau sehari. Pukul 9 pagi & 2 petang. Dalam pukul 2 petang ada van datang jemput kat rest house. Tempat pertama ke Pulau Dayang Bunting. Otw tu dia tunjuk la bukit yang seakan perempuan mengandung tu.
Dekat sini diaorang tinggal kita sejam macam tu. Buat la apa2 aktiviti. Kena mendaki cket. Then ada la aktivit kayak, kayuh sampan, mandi ke, main jetski macam tu. Pastu teruskan perjalanan bagi makan helang. Tapi x lama la. Ada la dalam 15 minit camtu.
Burung helang tunggu makanan
Then pulau terakhir, Pulau Beras Basah. Kat sini pun sejam jugak. Boleh mandi, main jetski or snorkeling. Kami lepak2 je..
Then balik rest house. Dengan tak sabarnya nak mandi laut. Yaahhhoo! Dengan pantasnya siap2 nak terjun laut, hahah Then beach boy offer naik banana boat RM15 je! Kalau time pack ni tak dapat la kot harga tu, hoho Ayie dengan adik sorang lagi penakut, haha Kami naik tapi dengan syarat tak mau lending. Lama jugak dia round. Lebih 3x rasanya. Syyookkk! Tapi cuak2..heheh Malam pulak kami borong coklat. Ofcoz di Haji Ismail Group! Nyummy! =P
Ahad, nak jugak naik cable car. Berharap sangat dapat naik. Alhamdulillah.. da boleh naik. Beratur punya panjang okey! Takpe, rela T_T Ni pun ayie ambik pakej. Banyak pakej sebenarnye. Yang kami pilih cable car + sky dome + museum 3D = RM47 seorang. Sky Dome tu memang wajib. Sebelum naik cable car kita akan masuk Sky Dome dulu. Pening tengok video dia.. Masa naik kami terpisah. Adik2 kena naik cable car lain untuk penuhkan cable car tu dulu. Ayie dengan member naik cable car lain. Dekat atas baru bertemu semula, ahah
Turun cable car terus ke museum 3D. Best! Banyak betul lukisan dia. Cantik2. Tapi tu lah, da penat. Tak larat nak posing, nak senyum2 da..huhu
Sebelum balik feri pukul 4, singgah dulu Dataran Lang. Sempat la bergambar jap walaupun dalam panas.
Penat. Tapi percutian yang sangat best! Ahamdulillah.. Next plan Hatyai, Songkhla, Krabi . . . ? Hahaha hanya merancang. Peace! =)